Saturday, November 26, 2011

KITA & KESIHATAN

Assalamualaikum semua. Maaf kerana tenggelam semula dua tiga hari. Biasalah, berkongsi BB dengan my hubby. So kena lah bergilir-gilir. Bila dah sampai my turn, penyakit malas pun sampai. Nak pula email& FB boleh check trough hp je. So lagi lah malas nak membuka lappy.

Kali ni saya nak berkongsi @ bercerita tentang kesihatan. Nak kata saya sihat sangat pun tidak juga. Tetapi, apa yang penting adalah, KESIHATAN itu AMAT PENTING bagi kita. Kesihatan itu satu nikmat yang tidak terhingga. Pada waktu ini,dalam suasana kehidupan kita yang terlalu banyak ancaman yang menggugat kesihatan, ia menjadi sesuatu yang amat-amat bernilai.

Terlalu banyak ancaman kesihatan. Ancaman utama adalah dari makanan dan minuman. Selain itu, pencemaran udara dan sebagainya. Terfikirkah kita apabila, Doktor suruh kita makan sayur untuk kita sihat. Tetapi sayur itu sendiri telah tercemar dengan pelbagai bahan perosak. Rutin harian kita yang sentiasa sibuk kini juga menyebabkan kita tiada masa dan membuatkan kita mengambil makanan segera dengan kadar yang tinggi. Makanan segera bukan hanya McD, KFC dan .... tetapi makanan dalam tin & 3 in 1 itu juga dikategorikan sebagai makanan segera. Bukan setakat makanan, air yang kita minum juga tercemar. Pernah kita dikejutkan semasa bulan puasa yang lepas dengan berita kanak-kanak meninggal kerana meminum ABC. Kisah mereka yang meninggal dan sakit akibat kencing tikus. Itu belum lagi masalah kencing manis & darah tinggi yang semakin meningkat statistiknya.


Baru-baru ini, semasa saya mengadakan kaunter di sebuah klinik, saya terjumpa rakan lama. Saya bertanya urusan dia ke klinik. Katanya untuk check up kencing manis. Agak terkejut saya kerana dia baru berumur 28 tahun. Dan kencing manisnya pada tahap yang tinggi sehinggakan mesin pembaca tidak dapat merekod bacaan. Na'uzubillah....

Kanser juga kini menjadi penyakit biasa. Kanak-kanak juga kini berisiko mendapat kanser. Kini kesihatan sangat mahal harganya. Kita sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk barangan lain (kereta, rumah, tv plasma etc..). Mengapa kita tidak sanggup untuk melabur untuk kesihatan yang menjamin kehidupan yang lebih sempurna?


 My theme now is "Lets Healthy & pretty" hehehehe...... 
"Jom Sihat &cantik"

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

KhaiRin said...

betul tu. kaya mn sekali pun kalu bdn x sihat x guna jg.ms muda ni la kita da mula berwaspada. tp jgn la smpi tahap obses. ni x boleh tu x boleh...berpada2 la

cemomoi said...

orang sakit je tau nikmat sihat

Related Posts with Thumbnails