Saturday, November 12, 2011

PROJEK KETIKA MENYEPI

Assalamualaikum.. Selamat tengah hari semua. Entri ini sekadar nak menceritakan perkara yang saya lakukan ketika saya menyepi dari berblog. Beberapa bulan yang lepas, saya mengaktifkan diri dalam dunia takaful. Banyak join kaunter. Mengajak orang untuk bersama-sama menyokong mumalat Islam.

Selain itu, saya mengambil tempahan baju kurung untuk Raya Aidilfitri. Agak tak menang tangan juga dibuatnya. Sampaikan baju sendiri pun hampir-hampir tidak terjahit. Tahun ni terasa macam ibu mithali je.. hehehehe... sebab baju melayu anak-anak pun dijahit sendiri. Termasuk sampin mereka. Bila balik kampung, 1 hari tak leh nak bangun, sakit badan sebab 2 hari tak tidur. Menjahit punya pasal huhuhuhuuuu... Upah tempahan serendah RM35 untuk baju kurung dan RM45 untuk baju kurung pahang..

Alhamdulillah hujung tahun ni dah ada yang menempah untuk baju sekolah anak-anak :-)

Di bawah ni saya ada letakkan gambar baju kurung saya dan baju melayu anak-anak.



 Saya bersama hero2..

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

KhaiRin said...

ooo menjahit rupa nyer...

CERITAKUASN said...

haah... menjahit huhuhuhu...

Related Posts with Thumbnails