Thursday, September 2, 2010

ISLAM BUKAN MACAM MARKAH EXAM!!

Salam semua. Entri ini adalah berikutan entri dibawah. Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah dari Ustz Kazim berkenaan aurat wanita. Ramai wanita sekarang menutup aurat ala kadar. Pakai tudung ikat belakang menampakkan leher. Pakai selendang jarang menampakkan rambut yang digelar sebagai mahkota. Pakai baju / t-shirt ketat macam menyalut nangka.

Bila ditegur jawabnya; "Saya ni ok lagi, masih pakai tudung biarpun pakai ikat belakang je. Orang lain langsung tak pakai tudung!"

Inilah salah orang sekarang. Salah faham. Dah tau tiada ilmu or tak cukup ilmu, tak mau pula menambahkan ilmu. Islam bukan macam markah exam. Buat sikit-sikit dah dapat markah. Pakai tutup sikit-sikit dah dapat markah or berkat. Nak dapat A tutup semua dan pakai tudung paras sekian. Nak sekadar lulus, cukup sekadar tutup tak kisah ketat or jarang.

Islam adalah tetap. Kalau dah solat zuhur itu 4 rakaat, tak boleh buat 3 1/2, mesti buat 4 baru sempurna. Kalau dah Allah kata kena tutup, tutuplah hukumnya. Jangan kerana dek nak berfesyen kita menghalalkan segalanya.

Saya pun bukanlah bagus sangat. Tetapi saya juga berusaha untuk memperbaguskan diri agar mendapat redha-Nya.

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

cemomoi said...

ntah la kekadang tanya juga, nak tutup menda sbenonya ni? aurat ke urat?

CERITAKUASN said...

salah faham, bangga diri & mengikut idola tu lah jadinya... nauzubillahimin zalik

Related Posts with Thumbnails