Wednesday, June 29, 2011

KEMBALI BERSIARAN

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali bersiaran ;-) Secara rasminya saya telah berhenti kerja pada 26/5/2011. Berhenti dari kerja pejabat. Kerja lain masih banyak menanti. Kini hati rasa lebih tenang. Lebih banyak berdoa, lebih rasa kebergantungan kepada yang Maha Esa. Alhamdulillah, dapat kurangkan dan hapuskan unsur-unsur yang kurang sihat.

Saya dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Pagi-pagi boleh uruskan anak-anak. Memang seronok. Dah selesai semua baru bergerak untuk mulakan kerja bagi diri sendiri ;-) Kini bergelar sebagai Takaful Consultant sepenuh masa! Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki saya demi orang-orang yang berada dibawah tanggungan saya. Selain itu, banyak lagi sampingan yang saya buat :-) Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit dalam entri seterusnya.

Kita hidup tak lama. Carilah redha Allah. InsyaAllah, setapak kita menghanpiriNya, berpuluh tapak dia hampir kepada kita.



Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

all the best k!

Macam ni la orang Malaysia!

CERITAKUASN said...

anies ~ tq

Anonymous said...

Salam Kak Ana,
Muadz ni.Da x ngan cert ke skang? Haa..nak kasi jemputan kawin..ingt nak g cert isnin ni tatau plak da brenti.Cmne nak pass kad? Keje Takaful dari umah ke kt agency?

Related Posts with Thumbnails