Pages

Tuesday, July 27, 2010

OMELETTE

Salam semua. Ambil masa kejap nak pos entri pasal omelette. Kepala pun tengah senak dengan pelbagai kerja KLIFF, so saya berehat sebentar dan beri peluang untuk saya bersiaran bersama laman ini.


Omellet ni saya buat hari Ahad hari tu. Tak sempat nak upload kt laman ni. First time buat, so rupanya tak delah cantik mana. Tapi yang penting rasa dia setanding dengan yang my sis masak heheehheee.. untuk cara buat boleh tengok sini. Untuk omellet ni yang pentingnya adalah sos lada hitamnya. Untuk cara buat sos lada hitam sila klik di sini.

Ok.. saya sambung kerja dulu ;-)


Fikir-fikirkanlah...

AYAM MASAK SUKA HATI

Salam buat semua. Dalam bulan sya'ban ni perbanyakkanlah amalan kita ye. Saya punya tahap pun masih ditakuk lama. Ish perlu ada kesedaran ni...

Semalam untuk juadah makan malam saya masakkan untuk family saya Ayam masak Suka Hati. Heheheehehhehehe saya namakan masakan tu macam tu sebab memang saya main masak je. Tanya hubby nak makan apa, dia jawab tak tahu. So, dengan kekreatifan yang ada, saya masakkan ayam ni.


Semua kata sedap. Kembang berbunga hati ini hikhikhik. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Suka Hati ini;

Bahan;
1/2 ekor ayam potong kecil
sedikit sebuk kunyit
sedikit serbuk kari
5 biji bawang kecil - kisar
3 biji bawang outih - kisar
1 biji bawang besar - Potong bulat
2 biji cili besar merah - potomg
2 biji tomato - potong (optional)
segenggam cili padi - kisar (ikut kepedasan anda)
2 sudu sos toram
1/2 sudu stok ayam
2 cawan air
sedikit garam
2 sudu air asam jawa (jangan banyak sangat, kang masam sangat)
1/2 sudu tepung jagung

Cara;

Perap ayam dengan kunyit, garam & serbuk kari. Biarkan beberapa minit. Kemudian goreng ayam seperti biasa dan ketepikan. Kurangkan minyak gorengan tadi. Tumis bahan kisar. Tak perlu tumis sehingga garing. Masukkan sos tiram & stok ayam. Goreng sebentar dan masukkan air. Biarkan mendidih kemudian masukkan bawang potong & cili merah potong. Masukkan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan masukkan ayam. sebelum angkat, masukkan tomato potong. Kacau kejap dan wallllaaaaahhhhhhh.. sedia untuk di jamu.


Fikir-fikirkanlah...

Monday, July 26, 2010

SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR MENGANDUNG?!

Salam semua, dalam perjalanan ke pejabat tadi ada saya terdengar dalam berita radio berkenaan usaha mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang mengandung. Bila jalan-jalan kat blog kak cik seroja, ada dia beri link berita kosmo yang menceritakan lebih lanjut berkenaan kisah sekolah mengandung ini.

Gambar sekadar hiasan

Mmmmm... mereka ni dah fikir habis-habis ke? Jangan nanti nak selesaikan 1 perkara, timbul pelbagai perkara lain pula.

Antara keratan dalam berita kosmo;

Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Apa yang saya nampak dari sudut pemerhatian seorang insan kerdil yang tak banyak ilmu dan tak tinggi pengetahuan seperti dato' atau pemimpin lain, apa yang mereka ini cuba selesaikan adalah pembuangan bayi. Tidak dinafikan pembuangan bayi ini zalim. Tetapi kenapa tidak cuba fikirkan cara untuk elak remaja ini daripada berzina?

Kalau nak atasi masalah, elak dari buat masalah. Kalau nak buang pokok, buang dari akar. Kalau cantas pucuk, pucuk lain akan tumbuh pula.

Secara tidak langsung ia mungkin akan menggalakkan remaja ini untuk terus hanyut dalam noda yang mereka sendiri cipta. Apa tidaknya, ada penyelamat menunggu jika 'sesuatu' terjadi.

mmmmmmmm ntahlah.. saya sekadar membebel dan meluahkan apa yang terfikir dek kotak fikiran..

Fikir-fikirkanlah...

Saturday, July 24, 2010

SOS LADA HITAM

Salam semua. Kali ni entri masak-masak. Yeay!!!! saya telah berjaya masak sos lada hitam!! hehehehe first time buat ni. Seronok sangat sebab menjadi. Tapi agak pedas sedikit. Buat sos ni sebab nak makan dengan omelet. Tapi omeletnya tak dibuat lagi. Tak pe, yang penting buat sos ni dulu.


Actually bahan-bahannya ada yang ditukar ganti. Guna apa yang ada kat dapur. Jom kita lihat bahan campurannya;

3 sudu lada hitam (ikut suka, nak pedas letak lebih sikit)
3 sudu sos cili - jangan banyak sangat nanti terasa sos sangat
1 cawan susu cair - saya guna 1 sudu susu pekat sbb susu cair tak dak
2 cawan air
sedikit planta - ni untuk nampak cantik & berkilat
3 sudu kicap pekat - saya tak letak sebab tak de
kicap cair - ikut suka sampai nampak hitam
Tepung jagung - untuk pekat (sikit je, mengikut kadar kepekatan yang diingini)

Gaul semua bahan kedalam periuk. Letak atas dapur dan kacau hingga mendidih dan pekat.

Ok, dah boleh digunakan untuk sebarang tujuan.

Fikir-fikirkanlah...

Friday, July 23, 2010

HORMAT PADA SI PEMBERI REZEKI

Mutiara: Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

Salam semua. Entri ini agak emosi juga sebenarnya. Emosi dengan 3 rakan sekerja yang tidak menunjukkan hormat kepada majikan. Kalau dah rasa tak nak dengar cakap majikan sekarang, carilah majikan lain. Janganlah nak tunjuk lagak dan besar kepala pada orang yang bayar gaji korang.

Itu lah sifat manusia, mudah lupa. Lupa pada si pemberi jasa. Keadaan ini sama dengan sifat-sifat manusia lain yang hidup didunia ini. Semua bernafas, berjalan, mendengar, melihat, bercakap dan sebagainya dengan keizinan dan pemberian dari Allah s.w.t. Segala rezeki yang diperolehi untuk menyara hidup di dunia ini pun adalah dari Allah. Tetapi, walau begitu banyak nikmat yang diberikan Allah, manusia tetap lupa dan tidak hormat kepada pemberi rezeki ini.

Lebih banyak yang menderhaka dari yang taat. Lebih banyak si pembuat dosa dari yang mencari pahala. Kalau dah rasa nak buat dosa, tak nak ikut hukum hakam agama yang ditetapkan oleh si Pencipta, carilah dunia lain. Tak perlulah nak tunjuk lagak dengan mendabik dada berpakaian seksi, berzina, minum arak bagi yang mengaku muslim.

Insaflah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum Dia murka. Mohon maaflah sebelum dicampakkan hukuman. Hormat dan patuhlah lepada sipemberi rezeki.

Fikir-fikirkanlah...

AMALAN BAIK PADA HARI JUMAAT

Salam semua. Selamat pagi Jumaat. Semoga hari ini adalah hari yang menggembirakan anda semua. Di sini saya nak kongsi sedikit beberapa perkara yang elok kita lakukan pada hari Jumaat.

Perkara yang digalakkan;

1. Bangun awal.
- Seelok-eloknya bagunlah sebelum subuh. Buat persiapan untuk solat subuh. Saya bangun pukul berapa? rahsia hehehehe

2. Mandi
- Dah bangun terus mandi. Jadikannya amalan. Bagun tidur terus mandi kemudian solat. Ramai antara kita, bangun tido, ambil wuduk dan solat. Ada pula sesetengahnya, selepas solat subuh sambung tidur semula. Ish ish ish... jangan jadikannya amalan. Bukankah kita semua maklum bahawa, tidur di waktu subuh itu menutup pintu rezeki.

3. Pakai-pakaian putih atau bersih.
- Islam suka umat dia sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa berada dalam keadaan bersih. So, pakailah pakaian bersih & cantik.

4. Pakai wangi-wangian.
- Bab ni tak perlu nak cakap banyak. Kebanyakkannya semua mesti pakai minyak wangi punya kalau nak pergi kerja kan? kalau yang duk kat umah pun, apa salahnya pakai minyak wangi ;-) semua orang suka bau yang wangi kan? ;-)

5. Berhias / berdandan
- Berhias jangan lah melampau. Berhias disini bermaksud, potong rambut, potong kuku, cukur misai, gosok gigi dan sebagainya.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:

” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”


Selamat beramal ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Sumber http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/

Wednesday, July 21, 2010

GENERASI KINI

Mutiara: Nilai manusia semahal nilai matlamatnya

Salam semua. Dah beberapa hari saya tak tempek sebarang entri dilaman ni. So hari ni, sebelum kepala saya berserabut dengan kerja-kerja office, saya nak bercerita dulu di sini.

Ini adalah kisah yang diceritakan oleh suami. Kisah generasi kini. Kisah berkenaan anak muridnya. Saya amat-amat terkejut bila diceritakan oleh suami.

Seorang budak darjah tiga. Saya ulangi darjah TIGA!! so, kalau dah darjah tiga tu mestilah umurnya baru 9 tahun. Tu pun tak tau lah dah masuk 9 tahun atau belum. Al-kisahnya seluar sekolah yang dipakai koyak dibahagian depan (tempat zip tu). So kalau dah pakai seluar tu maksudnya budak ni lelakilah kan. Kalau dah lelaki faham-faham sendiri je lah apa yang ada kt depan & dekat dengan zip (ish saya tak sanggup nak cerita).

Nak tau apa yang budak darjah tiga ni buat? Dia boleh keluarkan 'bird' dia & gesel pada buku dan dia boleh cakap kat kawan-kawan dia "kalau nak is*p sekali 10sen" YA ALLAH TERKEJUTNYA SAYA DENGAR!!!!!!!!!

Perlakuan budak tadi diadukan oleh rakan sekelasnya kepada suami saya. So, cikgu-cikgu yang dengar terus pergi jumpa budak tadi dan persoalkan apa yang berlaku. Bayangkan sekiranya anda ditempat suami saya, mesti anda juga turut rasa marah dengan apa yang berlaku.

Setelah disoal siasat, budak tersebut mengaku bahawa dia belajar semua perkara yang tidak senonoh itu melalui dvd yang ditonton. Apa yang lebih mengejutkan ialah, dia menonton dvd tersebut dengan pengetahuan ibunya!!!

Ya Allah apalah yang berlaku pada dunia hari ini. Jika diimbas kembali pada 20 tahun yang lepas, pada saya berumur lebih kurang dengan budak tersebut, belum terfikir dikepala saya dengan semua perkara yang menjijikkan itu. Alangkah bahayanya generasi sekarang. Betapa masa depan mereka terancam dengan pendedahan-pendedahan yang terlampau ini.

Besarnya cabaran untuk menbesar dan mendidik generasi muda ini. Cerita-cerita di tv pun sekarang banyak mengancam mereka. Iklan tv secara langsung tanpa kita sedari turut memberi pengaruh yang tidak elok kepada mereka. Martabat hiburan diangkat tinggi.

Ya Allah, bantulah kami dalam mendidik anak-anak kami....


Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails