Pages

Thursday, March 10, 2011

JALAN-JALAN: MAKAN DI AYAM PENYET AP

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni jom kita makan di Ayam Penyet AP pula. Hari Isnin yang lepas, balik dari kampung kami terus ke klinik. Kami ke klinik bagi merujuk masalah merah yang tiba-tiba muncul di badan Aiman. Balik dari klinik dah pukul 1.00. Alang kepalang, badan pun dah penat, saya ajak hubby makan di luar aje lah. Tak perlulah saya nak susah-susah masak di rumah.

Pada awalnya dia ajak makan di Rasamas. Saya tak mahu. Sebab dah biasa makan kat sana. Jadi, saya ajak hubby untuk cuba Ayam Penyet AP. Dulu dah cuba Ayam Penyet Best. Tapi tak berapa best sangat sebab ayam dia agak lembik. Mungkin terlebih penyet. Tapi sambal dia sedap. Bak kata orang sekarang KAW! Resepi di restoran ayam penyet best ni betul-betul jawa. Rasanya macam langsung tiada resepi ala malaysia. Supnya pun sup berempah yang warnanya hitam. Tekak tak boleh terima.





Ini logo Ayam Penyet Best
Ini logo Ayam Penyet AP

Harap jangan tersalah ayam penyet ye lepas ni ;-) Bagi Ayam penyet AP, pada saya masakan dia sedap. Ayamnya tidak terlalu lembik dan tidak keras. Sedang-sedang saja. Sambal memang berbisa. Hidangannya complete dengan sayur celur, timun, kobis, tempe & tauhu goreng. Tumb up! Air pun sedap. Airnya dicampur susu. Sup ekor lembu pun sedap. Sup ni rasa Malaysia. 

Menunya semua di jual berasingan. Ayam penyet lain, nasi lain, sayur lain, sup lain. Sayur yang diserta dengan ayam penyet tak banyak sangat (bagi penggemar sayur). Kalau makan bekeluarga, boleh budget, Ayam penyet order berapa, kalau nak tambah lauk lain pun boleh, tambah sayur pun boleh. Maksudnya, tak perlulah kalau ada 4 orang ahli keluarga, semua order ayam penyet 4. 2 pun dah cukup. Yang lain boleh tambah menu lain. 

Order kami (Saya, hubby, mak & Afnan + Aiman);

3 Ayam penyet (tak abis, 1 bungkus bawa balik)
4 nasi kosong
1 sup ekor lembu
1 capocino blanded
2 kiwi
1 laici

Semuanyan RM54


Harganya pun ok. Insyaallah kami akan kembali menjamu selera disini. Saya beri 5 bintang!









 Liciiiinnnnn.....


Fikir-fikirkanlah...

Friday, March 4, 2011

JALAN-JALAN: MAKAN D' ICE ROOM

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu yang lepas, tetiba hubby tanya nak keluar jenjalan tak? Saya pun apa lagi, jom! Tapi tak tau nak kemana. Saya ajak ke Taman Metropolitan Kepong. Hubby tak nak. Dia tak suka sangkut dalam jem. Fikir punya fikir, kami decide nak cuba Ice Room yang ada di Prima Sri Gombak. Maklumlah, sekarang, kawasan tersebut dah jadi syurga makanan. Kalau dulu kami yang tinggal di sekitar kawasan Batu Caves dan sewaktu dengannya tak tau nak kemana bila fikir nak makan. Semua tempat makan best-best jauh. Sekarang dah ada Prima Sri Gombak ni, rasa seronok sikit nak keluar jalan-jalan makan-makan.

So, kami pun ke Ice Room. Luarannya tampak menarik dengan warna hijau muda. Rasa cam sejuuukkkk je tempat tu. Luar hijau, dalam hijau pekerja pun berbaju hijau.

Gambar ehsan dari internet amik kat sini

Sampai disana, huh, full house!. Ingat nak duduk dalam (aircond) tapi since so many people, then we choose to take open-air seats. Agak isolated, but its ok coz my sons pun suka buat hal ;-) tak banyak gambar yang diambil. Gambar makanan pun tak sempat nak ambil duk mengetong budak berdua ni.

Saya order, spagetti + icecream nutt
Hubby, lamb chop + icecream kiwi
Mak, chicken chop + icecream yum
Bebudak tu french fries + orange smoothy. 
Total semua RM80.00

 For me, makanannya biasa saja (3 bintang). Spaghetti dia agak masam. Tomato agak terlebih. Tapi Afnan nampak berselera makan spaghettinya. Lamb, saya tak berapa suka tapi hubby kata OK. Chicken chop pun OK saja. Untuk ice creamnya, saya kurang berminat. Semua tak habiskan ice cream. Orange smoothy pun tak berapa best. Terlalu manis. Bagi saya, lepas ni kalau nampak Ice Room, tak delah rasa macam naknya makan kat situuuu... Tambahan pula, service kat sana tak berapa best. Waiter tak mesra alam.

Apa pun enjoy veiwing below photo;





Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, March 1, 2011

EPF, WHAT YOU HAVE DONE?

Assalamualaikum w.b.t,



Semalam saya bercuti. Hajat dihati untuk selesaikan urusan pembelian rumah dengan EPF atau KWSP. Saya dan suami nak selesaikan pengeluaran duit KWSP untuk pembiayaan 10% perumahan. Semua dokumen sudah disediakan. Borang pun saya dah print siap-siap dari internet dan sudah lengkap diisi.

Sebelum keluar, suami cek sekali lagi semua dokumen yang diperlukan. Tiba-tiba, Ya Allah!! S&P orang lain punya!!!! Nak tak nak, kami terpaksa jumpa pemaju semula dan minta S&P kami yang asal. Kami terpaksa menunggu pejabat pemaju buka pada jam 11 pagi.

Apabila jumpa pegawai yang bertugas, dia pun terkejut dan minta maaf atas pertukaran dan kesilapan yang berlaku. Tetapi, apa yang lebih memeranjatkan, pemilik S&P yang tertukar dengan kami telah pun selesaikan segala urusan dengan KWSP dan pinjamannya juga telah berjaya. Dia menggunakan S&P kami!!!!

Bagaimana ia boleh diluluskan? KWSP tak cek dulu ke all the documents? How it can be approve sedangkan S&P adalah milik orang lain? It means the S&P is not really an important document in order to get the approval! or in other words, EPF tak buat kerja dengan betul! What i'm concern is, does it will effect our application? or even our account?  

Sekarang, urusan kami tergendala. Pemaju perlu hubungi lawyer dan sediakan S&P yang baru untuk kami.



Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails