Pages

Thursday, December 31, 2009

Selamat datang 2010

Selamat datang 2010.. beberapa jam lagi kita semua akan melangkah ke tahun yang baru iaitu tahun 2010. Semua telah bersiap sedia dengan azam baru, semangat yang baru dan harapan baru. Setiap bermula tahun baru ada sahaja azam yang difikirkan. Tetapi adakah ia diikuti atau disertakan dengan langkah bagi merealisasikannya? mmmmmmm walau sebaru mana pun azam dan niat tersebut, tetapi diri yang dibawa tetap berfikiran lama, berperangai yang lama dan bersifat lama... sudah pasti diri akan berada ditakuk yang lama juga.

Bagi tahun 2010 ini, aku juga memikirkan sesuatu. Sesuatu yang aku perlu lakukan untuk mengubah keadaan ku sekarang. Mengubah kedudukan ku. Malangnya aku belum temui caranya. Bagaimana? Mengubah kehidupan beerti mengubah masa depan.. bagaimana? bagaimana? bagaimana? Aku mengharapkan bantuan dan petunjuk dari Allah s.w.t. Berikan aku ilham, berikan aku kekuatan dan keyakinan... ammeeennn

Fikir-fikirkanlah...

Selamat tinggal 2009

Tahun 2009 sememangnya banyak merakamkan pelbagai nostalgia suka dan duka sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Cuma kisahnya sahaja yang berbeza. Pelakonnya juga sama. Segalanya kini tinggal kenangan yang tidak mungkin diubah lagi. Semua yang terlakar dalam tahun ini akan menjadi sejarah. Jika disoroti kembali, kisahku kebanyakkannya berkenaan dengan permata hatiku Afnan Mujahid dan juga kisah duka keluarga yang menceritakan perihal adik beradik ku.

Pada bulan Februari Afnan pandai meniarap. Dan pada bulan Mei aku terpaksa mencari nursery dalam masa yang singkat kerana ibuku mahu pulang ke kampung untuk membantu adik-adikku berniaga. Pelbagai rasa bercampur ketika itu apabila memikir perkara tersebut. Pada bulan itu juga aku dikhabarkan berita bahawa aku telah mengandung 2 bulan. Berita tersebut dapat menggembirakan kembali hatiku ketika itu.

Pada Julai 2009 aku pindahkan Afnan ke nursery yang lain. Nursery berintegriti berhampiran dengan rumah. Nampaknya dia selesa dan serasi dengan sekolah tersebut. Kini kami masih menghantarnya ke sana dan dia amat manja dengan pengasuhnya. Tenang hati kami sebagai ibu dan bapanya. Pada bulan tersebut juga adik aku dijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Perkahwinannya tidak membawa kegembiraan kepada kami sekeluarga malah kira direnung kembali, ia menjarakkan hubungan kami dengannya. Walaubagaimanapun kami raikannya seadanya.

November 2009 berlangsungnya Kuala Lumpur Islamic Finance kali ke-6 anjuran syarikat tempat aku bekerja. Program ini meninggalkan kenangan yang memang tidak akan dilupakan oleh setiap ahli keluarga CERT. Aku bekerja tanpa menghiraukan yang aku sedang sarat mengandung 7 bulan ketika itu. Sehingga aku terpaksa menanggung sakit yang bukan kepalang kesan dari beban kerja tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Selesai program, aku diberikan laptop baru oleh majikanku. Terima kasih....

Bulan ini aku diberi khabar gembira berkenaan bonus dan sedikit kenaikan daripada majikan. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki ku. Dan hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Kini usia kandungan ku telah mencecah 37 minggu 3 hari. Aku hanya menghitung hari untuk menyambut kelahiran bayi ke-2 ku ini. Mungkinkah ia akan menjadi bayi tahun baru? hanya Allah yang tahu...

Selamat tinggal tahun 2009.. Fikir-fikirkanlah...

Friday, December 4, 2009

Kembali menjengah - KLIFF 2009



Lama benar tidak menjengah dan mengisi ruang-ruang yang ada disini. Terlalu sibuk dengan kerja kononnya. Bermula pertengahan tahun sehingga bulan November yang lepas, diri terlalu sibuk dengan persiapan KLIFF 09. (Kuala Lumpur Islamic Finance Forum). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Program tersebut diadakan pada 2 - 6 November 2009.

Banyak perkara pahit manis yang berlaku sepanjang menjayakan program tersebut. Melaksanakan & menjayakan program dalam keadaan berbadan dua amat-amat mencabar kesabaran dan menguji ketahanan diri. Terasa hati, sakit hati, senang hati semuanya ada.. Ia memberi kesan sehingga kini. Apa-apa pun setiap KLIFF meninggalkan kenangan yang tersendiri.

Fikir-fikirkanlah...

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk turut sama merasai dan mengutip segala berkat ramadhan yang Allah hamparkan kepada hambanya pada tahun ini. Semoga kita semua dapat mengutip mutiara-mutiara yang disediakan buat kita.

Buatlah ibadah sebanyak-banyaknya dibulan ini seolah-olah ia adalah ramadhan terakhir buat kita.

Ramadhan ini juga adalah ramadhan pertama aku bersama anakku.

Semoga aku mampu melakukan yang terbaik sepanjang bulan ini. Amiiinnnn...

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, June 2, 2009

Bosan!!

Hari ini dan semalam aku tinggal keseorangan di aras aku. Kak syikin ke JB atas urusan pameran buku. Dia ditemani oleh ct. Kak Z pula bercuti ke Terengganu bersama keluarga. Khairil & Muadz ke Langkawi atas urusan kerja. Mereka perlu menguruskan program bengkel 'Islamic Finance & Investment School'. Bos pun ke Langkawi untuk memantau program tersebut sambil bercuti bersama keluarga. Ditambah pula dengan masalah laptop yang diserang virus. Semua kerja tertunda.

Banyangkan, aku keseorangan tanpa laptop. waaaa... nasib baik masih ada rakan sepejabat yang berlainan aras. Sekali-sekala mengganggu mereka dengan interkom. Hahaha.. bukan mengganggu, aku sekadar mencari teman untuk berbual.

Ini membuktikan yang aku tidak boleh hidup sendirian. Aku memerlukan kawan. Aku perlu bercakap & berbual ;-) terima kasih kepada k.z kerana sudi meminjamkn ku laptopnya.


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, May 26, 2009

Hospital Kerajaan

Pelbagai berita kita dengar berkenaan hospital kerajaan. Kebanyakannya berita-berita yang buruk belaka. Masalah itulah, masalah inilah. Semuanya yang tidak memuaskan hati. Sehinggakan semua perkara ini membuatkan sesetengah antara kita takut untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Hal ini diperkatakan lebih berkurun abad yang lalu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Dan kenapa perkara ini masih lagi berlaku? Adakah kerana bayaran yang rendah pihak hospital memberikan layanan yang ala kadar? Atau adakah kerana terpaksa melayan pesakit yang terlalu ramai jadi rawatan juga diberikan secara ala kadar?! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Aku bukan sekadar omong kosong. Omongan ku adalah berdasarkan apa yang telah berlaku didalam keluarga ku sendiri. Berikut adalah beberapa kes yang telah berlaku.

Kes 1

Ia berlaku kepada ibuku sendiri. Demam yang tidak kebah-kebah selama lebih dari seminggu. Kami bawa mak ke klinik kesihatan Padang Tengku. Menurut mereka, mak perlu dimasukkan ke wad di hospital kerajaan Kuala Lipis. Sebelum itu, kami juga merujuk mak di klinik swasta yang ada disana. Dr tersebut juga menyuruh kami membawa mak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut menurutnya mak ada masalah dengan organ dalaman. Kami pun merujuk mak ke hospital kerajaan Lipis. Selama beberapa hari disana, ujian xtray dan darah telah dibuat keatas mak. Selain itu mak hanya diberi makan ubat dan dimasukkan air melalui drip. Apa yang dikesalkan adalah, segala ujian yang dilakukan tidak diberitahu atau dilaporkan kepada kami. Sehinggalah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan mak. Kami berjumpa dengan Dr yang bertugas dan meminta agar dia melepaskan mak dari wad. Dia enggan melayan kami sehingga kami berbahasa inggeris dengannya. Walaubagaimanapun kami tetap bertegas untuk membawa mak keluar dari hospital. Dia mengugut kami. Katanya dia tidak akan bertanggung jawab sekiranya mak kami mati! Kami bertanya kenapa segala ujian tidak dilaporkan? Jawapnya, kamu tak bertanya! Bila ditanya berkenaan ujian darah, katanya belum tahu keputusan. Hampir seminggu mak duduk di hospital, ujian darah masih belum boleh diketahui?! Bagaimana mereka bekerja?! Kami minta dia menghubungi kami sekiranya ujian tersebut sudah keluar. Tetapi sehingga sekarang belum ada sebarang panggilan dari hospital tersebut bagi memberitahu berkenaan keputusan ujian darah itu. Alhamdulillah walaupun kami berkeras keluarkan mak, keadaan mak beransur pulih dan sekarang sudah sihat sepenuhnya.


Kes 2

Berlaku kepada ibu saudaraku. Anaknya (sepupu aku) dimasukkan kehospital kerana sawan. Sakit ini kerap menyerang sepupuku. Tidak tahu puncanya kenapa. Doktor hampir mahu mengambil air tulang sum-sum untuk diuji. Tetapi bapa saudaraku tidak membenarkan. Bimbang berlaku perkara lain yang tidak diingini. Agak lama ibu dan bapa saudara ku terpaksa berulang alik ke hospital tersebut (hospital Kuala Lipis) sehinggakan mereka seolah-olah berumah disana. Apa yang menyakitkan hati adalah perlakuan jururawat disana. Sempat mereka mengutuk ibu saudara ku yang duduk menunggu anaknya. Mereka bercakap dalam bahasa inggeris. Mungkin kerana memikirkan yang orang kampung tidak memahami langsung bahasa tersebut. Malang sekali telahan mereka tersebut salah. Ibu saudara ku memahami setiap butir kata mereka. Walaupun dia seorang suri rumah sepenuh masa, tetapi dia adalah seorang yang berpelajaran. Pesanan buat jururawat hospital diluar bandar, dont judge a book by its cover.

Kes 3

Sepupuku sudah hampir mahu bersalin. Dia dimasukkan ke hospital kerajaan Kuala Lipis. Dalam proses bersalin, jururawat disana mengatakan bahawa mereka tidak boleh menyambut kelahiran bayi tersebut atas sebab-sebab tertentu. Kes sepupuku ini perlu dirujuk ke hospital mentakab. Bayangkan orang yang sedang sakit bersalin terpaksa menaiki ambulan untuk ke hospital lain. Untuk pengetahuan, Kuala Lipis ke Mentakab jaraknya agak jauh. Hampir 2 jam perjalanan. Elok sampai di Mentakab sepupuku bersalin. Jururawat disana agak marah dengan apa yang berlaku. Mereka menyalahkan jururawat di Kuala Lipis. Menurut mereka kes yang demikian sering terjadi di Hospital Kuala Lipis. Sebab itu lah aku sendiri takut untuk bersalin di hospital tersebut.

Kes 4 (terbaru)

Kes ayah ku. Dia telah di dignos oleh doktor mengatakan dia menghadapi masalah saraf. Doktor pakar di Jerantut telah merujuk dia ke Hospital Kuantan, pakar neorologi. Temujanjinya pada pukul 2.00 p.m, 18 Mei 2009 yang lalu. Apabila dia sampai di hospital pada waktu yang dijanjikan, dia telah diberitahu bahawa doktor tersebut sibuk dan dia diperiksa oleh doktor biasa. Dia kemudian diminta pulang dan diberi tarikh tamujanji yang baru iaitu pada 25 Mei 2009. ayahku pergi semula ke hospital berkenaan pada tarikh yang diberikan. Alhamdulillah dapat bertemu dengan doktor tersebut. Tetapi sekadar diberi tarikh untuk ujian MRI pada 26 Jun 2009. Selesai ujian, dia perlu pulang dan datang kembali ke hospital untuk hasil ujian pada 13 Julai 2009. Apa yang menyakitkan hati adalah, kenapa proses ini mengambil masa terlalu lama? Jerantut ke Kuantan mengambil masa 2 jam lebih! Bayangkan sekiranya ayah tidak mempunyai kenderaan sendiri? Tidak mempunyai kewangan yang kukuh? Mana mungkin dia mahu berulang alik sekerap itu! Kata-kata ayah ku “sempat pak mati dulu kak ngah....”

Kenapa perkara-perkara ini berlaku?! Tidak berhargakah nyawa-nyawa mereka yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?

Tetapi pujian aku berikan kepada hospital Jerantut bahagian ibu bersalin. Aku selamat melahirkan anakku disana. Jururawat yang bertugas pada waktu itu (28 September 2008, 4.30 petang) memberikan kerjasama yang amat bagus. Aku diberikan kata-kata perangsang dan semangat. Tiada ejekan atau kata-kata kasar yang dikeluarkan seperti yang dialami oleh sesetengah mereka yang bersalin di hospital kerajaan. Terima kasih yang tidak terhingga.

Fikir-fikirkanlah...

Monday, May 25, 2009

Nasi Lemak, Kopi O



Mesti ada yang ingat aku bersarapan dengan nasi lemak dan kopi o. Malangnya bukan sama sekali ;-) hari ini aku belum pun sempat menjamah sebarang makanan lagi. Ia berkenaan rancangan terbitan tv 9 (dekat dihati). Bagi yang tak tahu, Nasi Lemak Kopi O ini adalah rancangan terbitan saluran tv tersebut yang membincangan isu semasa secara santai pada waktu pagi. Semalam, sedang aku sibuk mengemas tiba-tiba suami aku menjerit memanggil aku. "Isteri Akil Hayy! ummi! isteri Akil Hayy". Ooooo rupa-rupanya perempuan yang bertudung merah yang sedang di temu bicara oleh Adibah itu adalah isteri Ustz Akil Hayy. Dia meluahkan rasa hati berkenaan perilaku Akil Hayy. Dia juga telah membuat tuntutan di mahkamah Syariah.

Pasti ramai yang menonton rancangan tersebut semalam. Dan pihak rancangan juga membenarkan beberapa panggilan telefon bagi mereka yang mahu memberi respon kepada kisah rumah tangga ini. Ramailah yang menelefon dan memberi kata perangsang. Apabila adibah bertanyakan satu soalan (aku tak igt apa soalan tersebut), sebelum menjawab.. dia senyap sambil menahan sedu dan rasa untuk menangis aku terus menyuruh suami ku mengalih rancangan tv berkenaan.

Bukan kerana aku turut sedih. Tetapi, aku geram dan sakit hati. Kenapa perlu kisah rumah tangga di ketengahkan sehingga begitu?! tidak sepatutnya pihak rancangan tv 9 menyiarkan atau mengadakan segmen tersebut. Biarpun sekiranya isteri Akil hayy ditempat yang benar, dia tidak sepatutnya terima jemputan tv 9. Maaf kalau aku katakan disini, seorang perempuan baik tidak akan mengaibkan suami sendiri di khalayak ramai. Aku tidak berpihak kepada sesiapa. Cuma aku benar-benar tidak setuju apabila kisah rumah tangga diketengahkan sebegitu rupa. Dan keterangan tersebut adalah dari sebelah pihak! Apa pun ia tetap mengaibkan.

Ingatlah! barang siapa yang membuka aib orang lain didunia ini, Allah akan buka aibnya dikemudian hari!


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, May 19, 2009

Aku Pasrah

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerjaku, sempat aku menjelajah dunia siber yang meningkan kepala. Aku mengikuti perkembangan kawan dan sahabat melalui laman yang digelar facebook. Aku lihat luahan hati mereka, kata-kata mereka dan juga foto-foto terbaru mereka. Mungkin gambar-gambar tersebut sudah lama mereka pamerkan disitu. Cuma aku yang baru melihat-lihat bila sahaja ada kesempatan.

Berdasarkan gambar-gambar yang aku lihat, terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka. Wajah yang melambangkan keseronokan dan kebahagiaan. Kekadang lahir satu perasaan dengki terhadap kegembiraan mereka. Kenapa bukan aku yang berada ditempat mereka? Itulah qada dan qadar Allah. Dan itulah ketentuannya. Aku pasrah...

Monday, May 18, 2009

Rintihan Hati


Ikut hati mati
Ikut rasa binasa

Apa yang aku ikut sekarang?
Apa yang aku buat?
Apa yang tinggal untuk aku?
Apa akan jadi pada aku?
Apa tindakan aku?
Apa yang perlu aku buat?
Ya Allah ya Tuhan ku..
Bantulah aku
Berilah aku panduan
Berilah aku hidayah

Aku mati
Aku sendiri
Aku mati.......

Adakah ini ketentuan ku?
Adakah ini kehidupan ku?
Adakah ini jalan ku?
Adakah ini balasan untuk ku?

Kenapa begitu berat ujianmu?
Aku sudah tidak mampu ya Tuhanku
Aku kalah
Aku lemah
Aku menyerah
Aku mengalah

Adakah boleh untuk aku tarik diri?
Sedangkan yang lain masih berdiri?
Tapi yang lain semua menunding jari!
Menunding kearah aku yang kerdil ini

Aku sedih
Aku menangis dalam sunyi
Aku menangis dalam sepi
Aku ingin lari!
Aku ingin lari!

Bantulah aku ya Allah
Bantulah aku ya Allah
Bantulah aku ya Allah
Bantulah aku ya Allah

Thursday, May 14, 2009

Restu ibu bapa


Tanpa restu ibu bapa
Siapa kita?

Tanpa restu ibu bapa
Mampukah kita?

Tanpa restu ibu bapa
Berjayakah kita?

Tanpa restu ibu bapa
Bahagiakah kita?

Tanpa ibu dan bapa
Lahirkah kita????


Fikir-fikirkanlah...

Kunci Kebebasan


Adakah ia lambang kebahagian atau bermulanya kehancuran?

Berdasarkan apa yang berlaku, ia adalah permulaan satu lagi titik hitam dalam sebuah kehidupan.

“Nekad! Berpisah!” “Berikan kamu kebebasan. Bukankah itu yang kamu mahukan?!”
“Jangan dihiraukan lagi sakit pening”
“Batu api!!” “Lihatlah dari kedua belah pihak. Kenapa selalu bertanggapan negatif?”
“Batu api!!” “Cuba letak dirimu ditempatnya! Apa yang kamu rasa?!”
“Batu api!!” “Jangan porak perandakan!!”

Kini..
Tiada lagi gelak tawa
Tiada lagi gurau senda
Yang tinggal hanya kenangan berbisa

Semuanya demi sebuah kebebasan
Bebaskan aku!
Bebaskan aku!
Indahkah bebas tanpa landasan
Indahkah bebas tanpa batasan

Jangan kongkong aku!
Jangan tanya peribadi aku!
Ini hidup aku!
Ini jalan aku!
Biarkan aku dengan caraku

Aku tak perlukan kamu
Aku mampu sendiri
Bebaskan aku
Bebaskan aku

Kini kebebasan berada di tangan!
Apa lagi yang kamu mahukan?!
Apa lagi yang kamu taruhkan?!

Sudah menjadi lumrah kehidupan
Kamu terima satu kemahuan
Akan hilang satu keperluan

Muhasabahlah diri dalam setiap detik perjalanan
Diri tak mampu berdiri tanpa bantuan
Diri tak mampu teguh tanpa pertolongan


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, May 12, 2009

Tali keluarga



Keluarga

Keluarga…
Bagaimana wujudnya keluarga?
Adakah hanya dengan seorang lelaki?
Atau cukup seorang perempuan?

Perlu wujud antara keduanya sebuah ikatan
Ikatan suci sebuah perkahwinan
Yang menjanjikan seribu kebahagiaan
Kemudian lahir waris pemanjang zaman
Mungkin 1, 2, 3 atau 4
Bergantung pada kurniaan
Kasih sayang dicurah melebihi lautan
Sanggup berkorban
Nyawa dan badan
Itulah sifat semulajadi puan dan tuan
Yang kini bergelar ibu dan bapa

Apa yang perlu ada pada keluarga?
Adakah wang berlipat ganda?
Atau perlu segunung harta?

Cukup sekadar rasa bahagia
Buat semua ahli keluarga

Apakah pengertian bahagia?
Setiap orang berbeza cerita
Walaupun dalam satu keluarga
Berbeza fikiran berbeza tanggapan
Berbeza pandangan berbeza keluhan
Walaupun mereka dibawah satu naugan

Mungkin bebas itu bahagia!
Mungkin di kongkong itu bahagia!
Terpulang kepada mereka
Dunia mereka
Hidup mereka

Long, angah, de dan teh
Tersusun pangkat
Mengikut darjat
Tampak indah kukuh terikat
Bernasab yang sama
asal rahim yang sama

Adakah semua ini memberi jaminan?
Bisa mengukuhkan ikatan
Bisa menguatkan tautan
Sebuah tali persaudaraan
Seibu sebapa dan sewarisan?!

Sama sekali TIDAK!
Mungkin benar seibu sebapa
Tapi tidak sama fikiran
Lain telahan
Lain penerimaan

Ikatan ini mampu terungkai
Ikatan ini mampu terurai
Semakin rapuh walau dipertahan
Semakin lapuk walau disimpan

Apa nilai ibu?
Apa nilai bapa?
Jika hasil dari ikatan suci ini
Menjadi duri mencucuk diri

Apa nilai keluarga
Jika ikatannya longgar
Meluruhkan isi?

Mana hilang kasih sayang
Mana hilang kasih sayang
Mana hilang kasih sayang
Mana hilang sebuah K E L U A R G A



Fikir-fikirkanlah...

Thursday, April 30, 2009

Bro Hafiz



Hadir mu menceriakan
Lahirmu membahagiakan
Katamu mengembirakan

Engkau mudah didampingi
Engkau gemar menasihati
Engkau tahu apa yang pasti ;-)
Engkaulah tempat rujukan kami

Kami senang akan kata mu
Kami suka akan tingkah mu
Kami leka dengan cerita – cerita mu

Cita mu besar selebar lautan
Impianmu tinggi mendongak langit
Susun langkahmu biarkan tampan
Agar jalan mu indah, tidakkan perit

Langkahlah sejauh mungkin
Gapailah setinggi mungkin
Engkau mampu berdiri teguh
Kekal kukuh sebagai penyuluh

Doaku buat mu,
Jadilah benih yang baik dan subur
Berharga lebih dari permata
Biar dimana kamu berada
Semoga tumbuh subur melata

Ikhlas dari seorang kakak kepada adik...

Thursday, April 2, 2009

Uniform & pengenalan



Uniform adalah pengenalan mudah bagi seseorang. Mudah bagi kita untuk mengenali atau mengetahui pekerjaan seseorang berdasarkan uniform atau pakaian seragam mereka. Polis, tentera, jururawat, doktor, mahupun pelajar mempunyai identiti sendiri. Mereka juga mempunyai ciri-ciri serta syarat-syarat yang tersendiri.

Sebagai contoh; Polis. Sesiapa yang ingin memasuki atau berkhidmat dalam polis diraja Malaysia, sudah pasti perlu memenuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tahap ketinggian, kesihatan tubuh badan, kelulusan akademik dan sebagainya. Sekiranya salah satu daripada syarat-syarat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi, permohonan anda mungkin akan ditolak.

Begitu juga dengan kita. Untuk menjadi insan yang cemerlang, kita perlu mempunyai sifat dan ciri-ciri orang yang cemerlang! Apakah ciri-ciri orang yang cemerlang? Bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang?

Setiap pelajar pasti ada keinginan untuk berjaya. Walaubagaimanapun, berjaya adalah subjektif dan bergantung dengan tafsiran masing-masing. Secara umumnya, ia membawa maksud mendapat A dalam semua mata pelajaran. Oleh itu, setiap pelajar perlu membuat permohonan untuk berjaya dan cemerlang. Bagaimana? Mereka perlu tahu dan faham setiap syarat-syarat yang perlu untuk berjaya! Dan kemudian mempraktikkannya untuk memastikan permohonan mereka berjaya.

Konsep yang sama dipraktikkan untuk menjadi muslim atau muslimah yang sejati. Perlu buat permohonan. Tahu dan faham syarat-syarat untuk lulus. Kemudian mempraktik atau mengamalkannya bagi memastikan diri berjaya.

Fikir-fikirkan...

Inilah cerita aku...

Wednesday, April 1, 2009

Arus & Sungai




Air sungai akan sentiasa mengalir. Mengalir ke hulu dan berakhir di muara. Aliran yang terhasil digelar sebagai arus. Setiap sungai pasti ada arusnya. Yang membezakannya hanyalah deras ataupun perlahan. Ia adalah hukum alam. Kejadian ini diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh;

1. ‘kita perlu hidup mengikut arus perdana’
2. ‘Aku sekadar hidup mengikut arus’
Ayat yang pertama tampak sungguh bersemangat. Dan ayat yang kedua pula adalah sebaliknya.

Tetapi sekiranya diperhatikan, timbul persoalan: ‘kenapa kita hidup mengikut arus?’ cuba kita duduk & termenung sebentar sambil merenung sungai. Kita akan lihat air yang mengalir. Apakah yang akan turut sama mengalir bersama arus sungai tersebut? Hanyalah daun-daun kering, ranting-ranting kayu yang telah mati dan jatuh kedalam sungai. Serta yang paling menyedihkan jika sepanjang kita termenung tersebut terdapat sampah yang turut sama mengalir mengikut arus!.

Soalan lagi: Adakah ikan yang hidup didalam sungai itu hidup mengikut arus sungai tersebut? Adakah binatang lain yang turut hidup di dalam sungai tersebut mengalir mengikut arus?

Jadi, adakah kita ingin menjadi seperti daun dan ranting kayu yang telah mati dengan hidup mengikut arus?! Dan adakah kita ingin menjadi sampah dengan mengotorkan sungai dan sekadar hidup mengikut arus!!!

Arus perdana, arus kehidupan terkini. Penuh dengan teknologi dan hiburan tanpa had. Hiburan di agungkan dan barat didaulatkan. Arus inikah yang perlu diikuti?!

Fikir-fikirkanlah.

Inilah cerita aku...

Moral of the Story

Sedang duduk sendirian, saya teringat kepada seorang sahabat. Sekarang dia bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah di Perak. Saya mengenalinya semasa kami sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Dia belajar dalam jurusan Ilmu Wahyu. Manakala saya pula dalam jurusan Ekonomi. Saya mengenalinya ketika sama-sama menyertai sebuah syarikat motivasi sebagai fasilitator.

Menurutnya, dia akan mencari moral of the story atas setiap yang berlaku kepadanya pada setiap hari. Biarpun apa yang berlaku adalah perkara yang menyedihkan atau memenatkan.

Oleh itu, saya ambil ia sebagai amalan seharian saya. Ia banyak membantu memberi motivasi kepada diri saya. Kita tidak akan mudah putus asa, patah hati dan menyalahkan diri sendiri atau keadaan. Kita akan sentiasa mencari sesuatu untuk memotivasikan diri kita. Ia amat-amat membantu. Dan yang paling penting, ia dapat membantu kita mengawal emosi dan tekanan yang datang.

Cari dan fikirkan perkara yang baik sahaja. Senyum dalam setiap keadaan.

Kalau tak percaya cubalah. Tetapi jangan sesekali rumusan dan kesimpulan anda berakhir dengan menyalahkan takdir dan kejadian Allah!


Inilah cerita aku...

Tuesday, March 10, 2009

Demonstrasi Memansuhkan PPSMI 3

Semua yang berhimpun di Masjid Negara berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum anti PPSMI. Setelah mereka mula bergerak kesana, Masjid Negara menjadi agak lengang. Yang tinggal mengambil kesempatan untuk berehat. Ketika itu, Masjid telah kembali aman dari hiruk pikuk laungan anti PPSMI. Kanak-kanak bermain sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka. Ada juga yang sedang bersolat. Aku juga mengambil peluang bergambar dengan keluarga ku disana.

Hajat kami untuk terus pulang selepas perhimpunan tersebut selesai, tetapi terpaksa dibatalkan kerana ayah aku turut sama menyertai perarakan ke Istana Tersebut. Kami terpaksa menunggu ayahku disana. Setelah hampir sejam menunggu, aku dan suami berhajat untuk berjalan-jalan di sekitar Masjid Negara. Kami menuju ke perkarangan utama Masjid. Kemudian aku terlihat ayahku dalam keadaan yang tidak terurus, basah dan kepenatan sambil memberi isyarat kepada kami untuk undur dan menjerit menyuruh aku membawa Afnan Mujahid kedalam kereta. Aku pelik dan tetap tidak berganjak dari tempat aku berdiri. Aku menunggu ayahku tiba. Rupa-rupanya, polis telah menmbak gas pemedih mata ke dalam masjid! aku tegaskan lagi, MEREKA MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA KE DALAM MASJID!!!!

Kemudian aku lihat ramai yang bergegas keluar dari masjid. Kasihan aku melihat makcik-makcik yang sekadar tumpang bersolat disana menjadi mangsa. Tiba-tiba aku sendiri merasakan mataku pedih dan mengeluarkan air. Hidung aku juga terasa amat sakit. Rupa-rupanya aku telah terhidu asap tersebut. Bergegas aku lari dan pergi membasuh muka. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika kejadian tersebut;





Gambar diatas menunjukkan gas yang ditembak kedalam masjid.



Kelihatan dalam gambar mereka bertempiaran lari selepas gas dilepaskan.

Apa yang menjadi kekesalan adalah, kenapa gas pemedih mata tersebut ditembak didalam masjid?! Ramai yang terdapat dimasjid ketika itu adalah mereka yang tidak terlibat dengan demonstrasi tersebut! Sekurang-kurangnya, tiada rasa hormatkah mereka kepada orang yang mungkin sedang solat? Apa yang mereka takutkan sangat kepada orang yang berada didalam Masjid?! Tambahan pula, bukankah masjid adalah tempat yang dibenarkan untuk berhimpun?!

Alhamdulillah ketika gas ini dilepaskan anakku sedang tidur lena didalam kereta. Jika tidak, mungkin kah aku pula yang akan turut sama menjadi orang kuat menghentam dan menentang mereka?!

Sepanjang pemerhatian aku disana, aku amat sedih dengan apa yang berlaku. Hampir sahaja aku menitiskan airmata. Kenapa sehingga sesusah ini untuk rakyat menyatakan pendapat dan pandangan mereka? Kenapa perlu begini barulah suara rakyat didengari oleh kerajaan pemerintah? Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir......

Inilah cerita aku...

Sunday, March 8, 2009

Demonstrasi Memansuhkan PPSMI 2

Sabtu (7 Mac 2009), berlangsung satu demonstrasi bagi memansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Masjid Negara. Berikut adalah beberapa gambar yang menceritakan keadaan di Masjid Negara semasa demonstrasi berlangsung.


Sekatan jalan raya diadakan sebelum masuk ke bandaraya Kuala Lumpur sekadar untuk melambatkan perjalanan menuju kesana. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas yang panjang.



Kelihatan ramai polis ditempatkan diluar kawasan Masjid Negara


Unit amal sebagai orang kuat demonstrasi. Dalam gambar adalah daripada negeri Johor.


Terdapat ramai yang menjual barangan yang bertulis pembantahan terhadap PPSMI


Baju yang mempunyai gambar A. Samad Said. (Ayah ku beli 3 t-shirt & suamiku beli 2)


Helikopter polis berlegar di ruang udara Masjid Negara dan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi memerhati keadaan dari atas.


Berikut pula adalah gambar suasana ketika bermula demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara;













Demonstrasi menjadi lebih hebat apabila kumpulan pertama dari Masjid Negara merempuh pasukan polis dan FRU untuk berarak keluar ke Istana Negara. Tambah menghangatkan lagi suasana ketika kumpulan yang keluar dari masjid bertembung dengan kumpulan yang berarak dari pusat membeli belah SOGO. Ramai ketua dari kalangan pakatan rakyat dan penegak bahasa mengetuai perarakan termasuk A.Samad Said, Pn. Ainun (PTS) dan suaminya. Pelbagai halangan daripada pihak polis dan FRU seperti yang khabarkan oleh media massa. Tetapi dengan ketabahan dan kesabaran mereka, memorandum tersebut berjaya diserahkan.

Tuan guru Abdul Hadi Awang mengetuai solat hajat sebelum bermulanya perarakan tersebut.

Aku akan ceritakan apa yang tidak dikhabarkan oleh media massa pada entri yang berikutnya.

Inilah cerita aku...

Saturday, March 7, 2009

Demonstrasi Memansuhkan PPSMI 1


Semalam ayahku datang dari Pahang semata-mata untuk menyertai perhimpunan tersebut. Dia bermalam dirumahku dan mengajak aku untuk turut serta menyertainya. Aku dan suamiku menolak atas alasan anakku. Jadi, dia sekadar meminta agar kami menghantarnya kesana dan meminta agar menjemputnya setelah semuanya selesai. Kami bersetuju, dan merancang untuk pergi bersiar-siar di tasik Perdana dan membeli belah di Kuala Lumpur sementara menunggu ayahku nanti.

Oleh itu, tepat jam 9.00 pagi tadi kami telah bertolak untuk ke Masjid Negara atas tujuan untuk menghantar ayahku. Setibanya kami di Masjid Negara, aku melihat ramai polis ditempatkan di sekitar masjid atas alasan menjaga keamanan. Mereka yang ingin menyertai perhimpunan tersebut juga telah ramai berkumpul dimasjid. Melihatkan keadaan itu, aku dan suamiku menukar perancangan. Kami turut mahu menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi ini. Secara tidak langsung, kami turut meramaikan bilangan mereka yang datang untuk tujuan tersebut. Ketika disana, aku sendiri teruja untuk turut sama berhimpun dan berarak. Tetapi mengenangkan aku membawa Afnan Mujahid, aku terpaksa membatasi penglibatan ku.

Aku mengambil peluang untuk mengambil sebanyak mungkin gambar yang menggambarkan suasana ketika itu. Agak ramai juga mereka yang datang membawa bersama anak kecil. Tetapi kebanyakkan mereka juga sekadar berada di masjid dan tidak mengikuti perarakan tersebut. Hadir untuk melihat dan memberi semangat. Disini aku tegaskan sekali lagi, ramai mereka yang membawa anak kecil sekadar hadir dan berada di masjid sahaja! Dan diingatkan juga, masjid adalah tempat yang telah dibenarkan dan diberi permit sah untuk berkumpul! Aku tegaskan 2 perkara ini kerana telah berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Dan ia tidak langsung disebut oleh pihak media berkenaan perbuatan ini! Akan aku ceritakan berkenaan perbuatan tersebut dalam entri berikutnya.



Inilah cerita aku...

Thursday, March 5, 2009

KL BANJIR


Hari ini berita yang dipaparkan didalam surat khabar rata-rata berkenaan banjir kilat yang melanda Bandaraya Kuala lumpur pada hari selasa yang lepas. Hujan lebat yang turun bermula lewat tengahhari pada hari tersebut mampu membanjiri KL sedalam lebih 3 kaki. Beratus dan mungkin beribu orang terperangkap dalam kesesakan lalulintas kesan daripada banjir tersebut. Dan aku adalah orang yang turut terperangkap dalam jem yang memakan masa berjam-jam.

Hari tersebut adalah hari terakhir program kami di Hotel Istana Kuala Lumpur. Kira-kira pukul 4 ptg hujan turun dengan lebat. Bilik program terletak di Ballroom level berhampiran dengan lobi belakang. Jadi aku boleh mengetahui keadaan cuaca diluar. Tapi tak terfikir pula aku yang KL boleh banjir seteruk yang telah berlaku. Pukul 5 program tamat dan kami mengemas seperti biasa. Pukul 5.45 ptg kami bertolak dari hotel. Kereta kami menuju masuk ke jalan Tun Razak. Baru sampai di depan menara apa ntah yang ada RHB bank tu kami dah sangkut dalam jem. Pelbagai telahan kami utarakan. Bertambah pelik apabila lihat pembonceng motosikal pun ada yang buat U turn. Dalam tempoh 15 minit kereta tidak bergerak walau seinci!

Segala topik dah dibincangkan sehinggakan kering idea untuk berbual. Nasib baik juga hari itu kami berempat. Jadi banyak jugalah orang untuk menyumbangkan idea. Habis tajuk untuk dibualkan, masing-masing menelefon. Cari topik perbualan dengan orang lain pula.. hahahaa... bosan tahap tuuuuutttt.... Kebiasaannya tak sempat nak membaca papan tanda yang diletakkan di sepanjang jalan. Tetapi hari itu semua habis dibaca. Siap baca nombor plat kenderaan lain. Bunyi kipas dalam terowong pun sempat nak didengar dan ditegur. Paling mencuit hati apabila terlihat pemandu teksi berkaraoke seorang diri didalam teksinya. Berkaraoke menggunakan microphone!! Dia menyanyi sambil cermin tingkapnya dibuka. Kami terperangkap selama 3 jam sebelum dapat naik ke susur Akleh. Aku sampai di pejabat kira-kira jam 8.45 mlm.

Belum pernah dalam hidup aku terperangkap dalam jem yang begitu teruk didalam bandaraya Kuala Lumpur. Moral of the story.... kami semua yang berada didalam kereta tersebut merasakan untuk segera berpindah hidup di kambpung halaman. Serik untuk terus berada di bandar besar yang dinamakan KL ini.. hehehehe...

Inilah cerita aku...

Kamera

Minggu lepas aku mengikut suamiku pergi ke kedai gambar Fotozoom di Taman Seri Gombak. Tujuan asalnya untuk cuci gambar. Tetapi bila kaki sudah melangkah ke sana, bertambah pula agendanya. Tambahan pula ketika itu terdapat promosi yang sedang dijalankan dan cuma berbaki 1 hari sahaja lagi. Jurujualnya juga boleh tahan 'menggoreng'. Yang aku pelik, suamiku juga beria-ia nak membeli. Kebiasaannya aku yang akan beria-ia dan dia akan jadi orang yang mengawal nafsu membeli ku. Dek tergoda dengan segala yang dihadapkan, aku pun membeli sebuah kamera digital berjenama samsung. Berikut adalah semua yang aku dapat dan beli bersama-sama kamera tersebut;

1) Kamera samsung 7.2 megapix
2) Sarung kamera
3) 2 bateri
4) 1 bateri charger
5) cover lcd
6) Memory card 2 gg
7) MP3 (yg ni tambah duit lagi lah)

Kini aku mempunyai kamera sendiri! dengan duit sendiri! belum pernah sebelum ini aku memiliki sebuah kamera dengan hasil usaha sendiri ;-) Selepas ini boleh lah aku masukkan segala gambar yang berkaitan dengan entri yang bakal ditulis. Dan dapat juga aku merakam keletah anakku.

Inilah cerita aku...

Saturday, February 28, 2009

Rutin Harian Ku

Berikut adalah rutin harin ku sebagai seorang wanita, isteri dan ibu. Aku bermula dengan hidup ku dipejabat.

8.30 a.m : Aku telah tiba dipejabat dan menunaikan tanggung jawab ku sebagai pekerja kepada majikan ku.
5.30 p.m : Aku pulang dari pejabat kerumah. Kalau esoknya ada program, aku akan balik lewat, setelah menyudahkan segala persiapan untuk program esoknya. (anggaran 6.00 / 6.30 ptg)
6.00 p.m : Aku tiba dirumah. Bermain dengan anak.
7.00 p.m : Bersihkan diri, uruskan anak dan solat maghrib.
8.00 p.m : Masak untuk makan malam kami sekeluarga. Ketika ini, suami ku akan menjaga dan bermain dengan anak.
9.00 p.m : Sebaik aku siap memasak, aku akan mengambil alih menjaga anak dan ibuku akan makan malam dahulu. Kemudian aku akan ambil giliran untuk makan pula (selalunya setelah anakku tidur). Pada waktu ini, kebiasaannya anakku hanya mahu berdukung. Dan kebiasaannya juga, anakku hanya mahu bersamaku pada waktu malam. Dan hanya aku akan menidurkannya.
9.30 p.m : Aku menidurkan Afnan Mujahid. Tempohnya bergantung kepada moodnya ketika itu. Kalau tidak meragam Alhamdulillah. Kalau meragam pun Alhamdulillah.
10.00 p.m : Aku tidur setelah penat dengan kehidupan ku disiang hari.
1.00 a.m : Anakku akan terjaga untuk menyusu.
3.00 a.m : Anakku terjaga lagi
4.00 a.m : Anakku terjaga lagi
5.00 a.m : Anakku terjaga lagi
6.00 a.m : Anakku terjaga lagi. Kebiasaannya dia akan bangun terus membuka mata dan berbual sendirian. Dan aku akan terus bangun untuk bersolat subuh.
7.00 a.m : Masak untuk sarapan pagi dan makan tengah hari untuk suami dan ibuku.
8.15 a.m : Bertolak ke pejabat.

Anakku akan tidur mengiring dan dia akan terjaga sekiranya dia tertidur telentang. Ini bermakna, agak kerap juga dia terjaga malam. Dan pada hujung minggu aku akan menghabiskan masa dengan mengemas rumah dan mengiron baju kerja suami ku untuk seminggu. Aku jamakkan tugas mengemas dan mengiron baju. Aku buat semuanya pada hujung minggu.

Menjadi ibu yang bekerjaya betul-betul memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Dan kepada para suami yang mempunyai isteri yang berkerja, bantulah mereka dan ringankanlah beban mereka.

Buat suamiku, terima kasih kerana membantuku menjaga anak kita Afnan Mujahid dan membantuku dalam kerja-kerja rumah especially basuh & jemur baju, masak nasi (aku masak lauk jer) dan lain-lain. Terima kasih sayang....


Inilah cerita aku...

Friday, February 27, 2009

Pendam rasa

Semalam adalah hari yang penuh dengan perasaan (expressi dirimu). Awal pagi lagi aku dah mahu mengalirkan air mata. Hati terasa sedih sangat bila melihat emak mendodoikan anak ku. Pagi itu aku bersarapan pagi. Alhamdulillah ada emak untuk memasakkan aku sarapan. Kalau tidak, seharianlah aku tidak menjamah makanan. Semalam pun aku tidur dalam kelaparan dan kepenatan. Aku turut tertidur selepas aku menidurkan anak ku. Badan terasa penat yang amat. Masakan tidak!! 2 minggu berturut-turut aku terpaksa mengendalikan program dihotel.

----- perenggan ini perlu dipadam bagi mengawal desas desus yang berlaku -----

Setelah apa yang berlaku dan banyak kali berlaku... kini aku nekad! aku perlu mengorak langkah yang baru. Aku akan berhenti mengayuh disini! Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau bantulah aku insan yang lemah ini. Aku rasa ditindas dan dianiaya ya Allah....


kepada ibuku... terima kasih kerana engkau hadir dalam hidupku. Dan tanpa jemu engkau membantu ku.

Inilah cerita aku...

Monday, February 23, 2009

Tangis


Hari ini sahabat ku CT masih lagi menangis. Menangisi penghijrahan sahabat kami Hatim dari CERT ke syarikat yang lain. Begitu lembut hatinya dan betapa dia menghargai sebuah ikatan persahabatan. Aku? Aku pun turut sedih dan terkesan dengan penghijrahannya. Tapi perlukah kita menangisi? Mmmmmmmm… masing-masing ada perasaan dan pandangan yang tersendiri. Tapi yang pasti kita perlu tabah dalam berhadapan dengan segala ujian yang diberikan… lalu ku berikan kata-kata dibawah;

Hatim tabah
Dan dia pun mahu kita tabah
Jgn ditangisi sebuah perpisahan
Ia wujud kerana pertemuan
Jgn disalahkan kepada pertemuan
Kerana ia adalah kerja tuhan
Tabah kan diri
Tenangkan diri


Inilah cerita aku...

Kerja

Hari ni duk rasa macam malas nak bekerja. Biasa lah hari Isnin. Kalau jumaat terasa seronok sebab esoknya boleh bercuti. Tambahan pula bila mengenangkan esok ada program Accounting & Auditing for Islamic Finance Institutions. Program selama 2 hari di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Maka bertambah-tambahlah malasnya. Teringat pula pada sahabat yang berhenti kerja jumaat lalu. Apabila terbaca emel terakhir yang diberikan terasa sayu pula hati ini.

Dalam hati masih ada rasa nak berhenti dan mencari rezeki ditempat lain. Malangnya rezeki masih ditentukan Allah untuk berada disini. Bilalah agaknya dapat lari dari sini. Aku masih belum puas! Aku masih belum jumpa apa yang aku cari. Aku tak seronok berada disini. Walaupun hati tak suka, tapi aku tetap menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada ku.

Rasa kurang berpuas hati dengan pengurusan, pengarah... semuanya ada. Pendam rasa.. luahan rasa. Semuanya berkenaan dengan rasa. Hari-hari duk mendengar keluhan rasa. Keluhan sendiri dan keluhan orang lain. Semua ini menambahkan lagi rasa nak berhenti. Huhuhuuuu....

Namun yang pasti.. aku masih disini.


Inilah cerita aku...

Sunday, February 22, 2009

Perpisahan Hatim



Buat adikku Hatim,

Engkau bagaikan permata
Hadirmu bersama cahaya
Datang mu tanpa diminta
Pergi mu tanpa diduga

Diammu penuh pekerti
Tiada yang sia
Segalanya bererti
Ringan bahumu
Disulam senyum berseri
Adik kesayangan
Cantik peribadi

Tingkah mu tampak indah
Tutur mu tiada bermadah
Engkau terus mengorak langkah
Dalam senang mahupun payah

Begitu singkat detik masa
Saat untuk kita bersama
Saat untuk kita menduga
Engkau pergi tanpa diminta

Engkau tabah!
Engkau mahu mereka pun tabah
Jangan ditangis bila kakimu melangkah
Inilah suratan yang perlu dipasrah

Pergilah wahai adikku
Pergi teruskan perjuangan mu
Berjuang mengubah kehidupanmu
Doa kami akan tetap bersama mu

Doaku buat mu,
Jadilah benih yang baik dan subur
Berharga lebih dari permata
Biar dimana kamu berada
Semoga tumbuh subur melata

Ku karang buat Hatim yang juga pergi meninggalkan CERT.

Inilah cerita aku...

Perpisahan Malie 2


Wahai Malie....

Ingatlah pesanan dari sahabat-sahabat mu ini
Walau hubungan yang dibina ibarat sedetik waktu
Peganglah ia, ikatlah ia sekuatnya,
Ukhuwah yang dibina, bukan untuk sementara
Malah untuk selamanya

Hargailah kami yang pernah wujud dalam hidupmu
Walau kami hadir hanya untuk sementara waktu
Hadir kami bukan menganggu
Tapi pelengkap pengindah perjuangan mu

Jagalah ia, siramilah ia
Agar sentiasa subur di dalam jiwa
Biarpun dipisah jarak dan masa
Ingatan kami tetap bersama
selamanya

Malie....

Walau banyak buruk & salah kami
Maafkan kami, ampunkan kami
Kami menghargaimu, sahabat sejati
Doa kami agar kamu diberkati.....



(kenanglah kami & CERT walau ia mungkin perit bagi mu...)
1 februari 2008

Kedua-duanya ku karang untuk majlis perpisahan Malie di CERT

Inilah cerita aku...

Perpisahan Malie 1


Tanggal 1hb 3 2007, bermulanya sejarah
Lakaran pengalaman tersemat indah
Cabaran dugaan disambut dengan pasrah
Melangkah tanpa rebah
Menjadikan diri mu semakin tabah

Tanpa sedar,
Hampir setahun kau teguh disini
Membina kerjaya
Membangun diri
Menjadi insan sejati
Di temani sahabat mu yang setia disisi

Indahnya perjuangan mu disini
Berlalu tanpa kau sedari
Pengalaman mu tersirat seribu erti
Walau perjalanan mu penuh berduri
Walau hati mu sakit tak terperi
Hadir padamu sahabat sejati
Sebagai peneman pengaman hati
Waktu sepi & tangis menghimpit diri

Tekanan datang bagai dipanah
Bebanan tugas, minta dikerah
Hampir sahaja diri mu mengalah
Setelah kaki mu lemah melangkah
Apakah harusdiri mu berpatah
Setelah badai ini kau redah
Tangan kau tadah mohon hidayah

Kini tiba masanya
Untuk kau benar-benar melangkah
Meneruskan perjuangan mu
Dalam lapangan yang telah sedia menanti.

Tetaplah kami disini
Melihat kau melangkah pergi
Meneruskan perjuangan mu sendiri

Walau sedih hati ini
Kami lepaskan kau pergi
Harap kenanglah kami disini

Tuesday, February 10, 2009

Siapa Aku?

Tadi aku menukar statusku di facebook (diruangan description). Ia adalah ruangan untuk kita menerangkan mengenai siapa kita. Daripada apa yang aku tulis... baru aku tersedar, banyaknya tanggung jawab yang aku perlu pikul.

Siapa Aku?
Aku adalah ASN (nama ku)
Aku adalah anak kepada ayah & ibu ku
Aku adalah adik kepada kakak ku
Aku adalah kakak kepada adik-adikku
Aku adalah isteri kepada suami kesayanganku
Aku adalah ibu kepada buah hatiku
Aku adalah pekerja kepada majikanku
Aku adalah Hamba kepada Tuhanku...
Dan
Aku adalah Aku!!!


Ini belum lagi termasuk bab aku adalah peminjam, pengguna dan sebagainya yang menuntut pelbagai tanggungan yang lain... huhuhuuuuu...... Hidup ini penuh dengan tanggungan yang perlu digalas... mampukah aku???!!!


Inilah cerita aku...

Rancangan TV & pengajarannya

Seperti biasa setiap hujung minggu aku bercuti (sabtu dan ahad). Disebabkan adanya taipusam pada hari ahad, maka cuti tersebut telah dibawa kehari isnin. Oleh itu, aku bercuti selama 3 hari pada hujung minggu yang sudah.

Alhamdulillah taipusam kali ini jatuh pada hari cuti. Aku adalah antara mereka yang terkesan daripada perayaan ini. Rumah ku terletak di Sg. Tua. Jalan ulang alik aku adalah dihadapan kuil besar meraka. Secara langsung dan tidak langsung aku memang terkena tempiasnya. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk tidak keluar berjalan-jalan pada minggu tersebut. Jadi, aku sekadar duduk dirumah menonton television dan bermain dengan buah hatiku.

Sepanjang cuti, pelbagai rancangan yang aku tonton. Cerita hindustan, indonesia, Malaysia (sudah tentu) dan berbagai-bagai lagi. Apa yang menarik adalah.... aku dapat pelbagai kata2 menarik sepanjang tontonan aku. Antara yang aku ingat; 'Kalau mahu kenal tahap seseorang tersebut, lihatlah siapa musuhnya. Hebat musuhnya, maka hebatlah orangnya.' Ia adalah antara dialog dalam filem hindustan.

Satu lagi filem yang menarik perhatian ku adalah filem punjabi. Dalam filem tersebut terdapat dialog berkenaan ketuhanan. Ia dituturkan apabila seorang lelaki terlihatkan sekumpulan muslim bersolat, dan terimbau kenangannya semasa dia sedang menunggu seorang perempuan habis bersolat. Aku katakan bersolat kerana perempuan tersebut adalah muslim dan ketika itu memang dia sedang bersolat (tahiyat akhir). Dan lelaki ini pula adalah dikalangan mereka yang tidak mempunyai sebarang agama. Dia mundar mandir disisi sahabatnya (aku tak pasti samaada mereka adalah pasangan kekasih). Apabila siperempuan selesai sahaja berdoa, terus sahaja silelaki dengan pantas merapati dan menyentuh si perempuan. Terkejut sahabatnya dan memarahinya atas perlakuan tersebut. Berlakulah dialog tersebut [lebih kuranglah ;-) ];

P: Kenapa ni?
L: Saya terasa sunyi dan diabaikan apabila awak khusyuk bersama tuhan awak!
P: sekadar tersenyum
L: Kanapa hari ini lama awak bersembahyang?
P: Hari ini saya berbual-bual dengan Dia berkenaan awak. Saya bercerita tentang awak pada dia..... dan seterusnyalah...

Apa yang menarik perhatianku adalah dialog yang aku hitamkan. Terasa dekat dengan Dia apabila mendengar dia menuturkan kata2 tersebut.

Setiap hari kita bersolat, membaca Al-Quran dan sebagainya. Tetapi kita masih terasa jauh dengannya. Ini kerana kita sendiri yang meletakkan jurang antara kita dan Dia. Kita menganggap dia sebagai Ketua. Sebagai atasan yang perlu dipatuhi dan dihormati. Jadi kita tidak cuba mendekatkan diri kita kepadanya. Kita sekadar menghormati Dia dan bukannya menghampiri Dia. Sama keadaannya antara kita dan majikan (secara kebiasaannya).

Oleh itu, cuba kita rapatkan jurang tersebut. Kita anggap Dia sebagai rakan, sahabat dan teman. Kita berbual dengannya. Mengadu dengannya. Pada waktu dimana kita lapang, kita berbual dengannya. Apabila kita tukar rasa ini... ia dapat membantu kita menjadikan dia sebagai kekasih kita. Terasa kecintaannya. InsyaAllah..

Menonton tv pun mendatangkan faedah.... Firman Allah: .... bagi mereka yang tahu berfikir


Inilah cerita aku...

Tuesday, February 3, 2009

Kenangan

Cuti CNY baru-baru ini aku telah pulang ke kampung halaman ku. Aku bertolak pada pagi hari sabtu. Perjalanan memakan masa 3 jam (jemteruk di bentong selama 1 jam). Mengamuk Mujahid rimas dengan kesesakan yang berlaku.

Rutin biasa untuk aku apabila pulang ke kampung adalah... menziarahi ibu-ibu dan bapa saudara ku. Percutianku kali ini ingatkan dapat memancing dikolam yang terdapat dirumah pak andak Justify Full(kembar ayahku). Dia baru sahaja membuat operasi mencuci kolam. Dan ada juga kolam baru yang ditambah. Ketika kedatangan ku, pak andak sedang membuat projek besar. Projek saliran kolam. Ini adalah kerana musim hujan yang lalu, kolam ikannya dipenuhi air sehingga melimpah dan menyebabkan ikannya keluar kesan daripada saliran yang kurang elok.

Macam kebiasaan, aku memang suka meyibuk. Aku duduk ditepi kolam sambil berbual-bual dengannya. Dia meminta bantuan suamiku untuk mengambil gambar kolam dan kawasan sekitar. Katanya sebagai gambar keadaan sebelum dan selepas. Menurutnya, dia ingin bangunkan kawasan tersebut menjadi seperti resort (kawasan perkemahan). Kawasan yang menempatkan rumah lama kami juga akan dibangunkan. Rumah tersebut akan diubah suai dijadikan sebagai pusat latihan catur dan juga surau. Katanya, selepas bermain catur terus boleh bersolat jemaah. Bagus betul impian pak andak. Harap-harap terlaksana. Aku lihat kerja-kerja pembersihan sudah bermula.

Aku ambil kesempatan ini untuk mengambil gambar rumah tersebut.

Rumah ini meninggalkan seribu kenangan kepada ku. Dirumah inilah aku membesar. Segala kisah kehidupanku terakam dirumah ini. Bila aku terpandangkannya... ia mengingatkan aku kepada nenekku (wan). Sedih apabila melihat ia usang begitu sahaja. Tiada sesiapa yang mahu mewarisi rumah tersebut. Pernah pak andak tawarkan kepada sepupuku. Tetapi dia menolak. Ingin sahaja aku mengambil alih rumah tersebut. Tetapi tempat ku bukan lagi disana. Rezeki ku juga bukan disana. I

Wan... walau hilang rumah kita. Kenangan bersama tidakkan kulupa.. sedihnya. Al-fatihah buat nenekku.

nilah cerita aku...

Thursday, January 29, 2009

Aku Masih Disini

Aku masih disini
Berdiri disini
Bernafas disini....

Hidup ku masih disini
Masaku juga disini
Gelak tawaku tetap disini
Cerita ku juga cerita disini

Bila ia akan berubah?
Bila ia kan menjadi indah?
Lebih indah dari disini...

Aku mencari terus mencari
Mencari pelangi yang indah
Demi melakar sebuah kisah
Buat hiasan sebuah kehidupan

Namun yang pasti...
AKU MASIH DISINI


Inilah cerita aku...

Friday, January 23, 2009

Rezeki...

Hari ini adalah hari gaji aku. Kebiasaanya pada 26hb pada setiap bulan. Tetapi bulan ini 26hb adalah hari cuti umum... so hari ni lah gaji ;-) Seronok juga dapat awal. Tapi kalau dah dapat awal ni.. selalunya awal juga habisnya.

Aku terus membuka payslip sebaik sahaja ia sampai dimeja ku. Nak tengok juga payslip selepas sedikit kenaikan... Agak terkejut aku apabila aku lihat pada amaun yang akhir... (aik apasal banyak sangat ni?) Terus aku meneliti detail payslip tersebut. oooooooooooooooooooo........ Alhamdulillah ada bonus untuk kami. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang engkau berikan padaku. Terima kasih juga pada syarikat yang bermurah hati untuk memberikan bonus kepada pekerja-pekerjanya. Semoga Allah memberikan dan memurahkan lagi rezeki syarikat walaupun dalam tempoh yang agak sukar sekarang.

Alhamdulillah... tapi ingat... rezeki ini bukan untuk kita seorang..

Inilah cerita aku...

Thursday, January 22, 2009

Meeting at Tabung Haji


Hari ini aku dikehendaki menyertai 2 rakanku untuk menghadiri mesyuarat di Tabung Haji. Mesyuarat dijadualkan bermula pada jam 10 pagi. Kami meeting bersama En. Azman, manager (administrative) bahagian finance. Mesyuarat berjalan lancar. Tidak terlalu formal. Ia seolah perbincangan biasa sahaja. Seronok berurusan dengannya. Umurnya sudah mencecah 53 thn. Dia telah 35 tahun berkhidmat di TH. Dia menyaksikan naiknya bangunan TH dan TH itu sendiri.

Selain daripada membincangkan hal-hal berkaitan kerja, kami juga turut memperkatakan berkenaan hal-hal lain. Termasuklah adat pepatih, gaji, keluarga dan hal-hal berkaitan TH. Pembatalan subsidi haji (RM2,500) oleh TH, penyelewengan wang oleh pegawai TH, polisi TH dan lain-lain. Seronok berbual dengannya.

Aku seronok mendengar apabila dia bercerita berkenaan kerja. Ia menaikkan semula semangatku untuk lebih gigih bekerja. Hilang segala sakit hati yang berlaku di office tadi. Dia bercakap seolah-olah seorang motivator.

Katanya, kita bekerja untuk gaji (of course) dan utk pahala. Ingat bahawa gaji kita bukan untuk kita seorang sahaja. Ramai yang akan minta dari kita... Syabas, TNB, Giant, Carefoure, etc. Kalau ada RM50 untuk kita pun.... esok mesti ada yang minta lagi.. huhuhuhuuu. Yang pasti, jangan sesekali kata tak cukup. Mesti sebut Alhamdulillah walau berapa pun kita dapat.

Buat sesuatu mesti fokus. Walaupun makan. Fokus dan amanah. Barulah rasa seronok bekerja. Pendek kata... everything perlu fokus.

Perjumpaan kami memakan masa selama 2 jam. Satu tempoh yang agak lama. Kebiasaannya kalau meeting diluar hanya memakan masa 1 jam. Terima kasih atas layanan yang diberikan.

Banyak juga perkara berkenaan TH yang aku ketahui tadi. Termasuk pasal ayam KFC hehehe... (antara perbualan yang terkeluar tajuk).

Inilah cerita aku...

Thursday, January 15, 2009

BOIKOT

Heboh sekarang memperkatakan berkenaan serangan Israel keatas Palestin di bumi Gaza. Setiap kali berita pasti ada cerita mengenai serangan ini. Betapa kejamnya Israel!!! Musuh Islam laknatullah.. Saban hari rakyat palestin dibom. Dibunuh dengan kejam demi mencapai matlamat mereka dalam menghapuskan etnik. Satu dunia mengutuk perbuatam kejam ini. Malaysia tidak ketinggalan dengan turut melancarkan kempen boikot. Pelbagai emel yang aku terima berkenaan palestin dan kempen boikot. Berikut adalah jenama yang perlu di boikot:



Jika dilihat dari senarai tersebut... Banyak jugak yang aku sedang gunakan. Keluaran nestle memang banyak. Milo minum tiap pagi. Nestum kalau malas nak masak sarapan. Ais krim pun dah tak leh beli jenama nestle lah. Nasib baik barangan baby tak guna baby johnson. Tapi ada gak 1 set jenama tu kt umah (hadiah orang kasi). Dia pakai huggies... huhuhuhu... Semalam aku dah belikan dia pampers baru, pampers comfort. Harap yang ni tak de kena mengena dengan Israel. Nescafe pun banyak lagi kt umah. Hari tu tetiba teringin lak nak minum nescafe. Maklumlah waktu pregnant ari tu dilarang minum atas sebab kurang darah. Tu yang nak pulun lepas habis pantang ni. Stok maggie pun ada lagi... Maybelline, Scott, Koxxx... Waaaaaaaaaa.... banyaknyer barangan yang perlu diboikot ni menjadi kegunaan kuuuuu.

Boikot tu boikot juga. Tapi janganlah barang yang memang kita dah beli macam milo yang masih ada setengah tin tu dibuang terus. Semata-mata nak memboikot dan beli yang baru. Itu dah masuk dalam golongan yang membazir. So, habiskan lah yang ada dulu. Kemudian barulah beli jenama yang lain.

Sambutlah kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'

Inilah cerita aku...

Wednesday, January 14, 2009

2009 almanac

Pagi tadi aku ada meeting bersama-sama team event. Sudah tentu diketuai dan dikepalai oleh bos aku. Meeting ini membincangkan planning 2009 dan senarai event yang akan dilaksanakan dalam tahun ini. Setakat ini, public workshop sudah dirancang sehingga bulan may. 2 program akan dibuat di Dubai. Sebulan ada lebih kurang 3 program.. huh penat gak.

Kami juga diarahkan untuk come out dengan new module. Alamak!! kena tambah bacaan dan research lah nampaknya... Tapi yang pasti, semua public w/shop aku yang kena handle. Waaaa..... berat gak ni. Mampu ker aku? Sebenarnya aku dah malas nak pergi event. Tapi nak buat macammana... rezeki aku masih disini.

Inilah cerita aku...

Geram

Semalam aku menerima panggilan daripada client yang mahukan post write-up. Aku berjanji dengannya yang aku akan emelkan write-up tersebut dalam minggu ini. Lagipun aku perlu dapatkan write-up tersebut daripada pegawai yang in-charge (yang pasti bukan aku). Dan pegawai tersebut baru sahaja berhenti kerja.

Awal pagi ini aku cari write-up tersebut. Hard copy, soft copy semua tiada! aku cek emel dia. Sepatutnya dia telah sediakan write-up tersebut dalam bulan Nov dan diberikan kepada semua strategic partner. Geramnya aku apabila aku tengok tiada langsung emel dia berkenaan write-up. Ini bermakna dia tak buat dan tak selesaikan kerja dia sebelum dia berhenti!!! Sakitnya hati aku..... sebab aku terpaksa sudahkan kerja dia dan sapu kembali segala salah dia. Bertambah lagi kegeraman ini apabila aku dapati terlalu banyak kesalahan dalam segala kerja dia.

Dari apa yang aku alami ini.. aku dah black list mereka-mereka yang graduate dari ipt P. Bukan aku saja nak kata.. tapi dah banyak pengalaman dengan produk keluaran ipta P ni. Semuanya bad experience. Kawan aku pun kata perkara yang sama. Dan yang pasti syarikat pun akan lebih berhati-hati sekiranya ingin mengambil graduan dari ipt ini bekerja.

Lagi satu pesan aku... bagi sesapa yang nak berhenti, pastikan kerja kita semua selesai. Kalau tak dapat nak selesaikan pun, tolonglah beritahu dan buatlah hand over task dengan teliti dan terperinci. Yang pasti keluarlah dengan imej yang baik :-)

Inilah cerita aku...

Datangnya 2009

Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan hidup dalam tahun ini. Aku memulakan tahun ini dengan khabar gembira. Gaji aku dinaikkan lagi. Alhamdulillah. Berita ini agak mengejutkan aku. Aku tak menduga dalam keriuhan orang mengatakan kegawatan ekonomi pada tahun ini, Syarikat masih mampu menaikkan gaji aku. Ini lebih mengukuhkan lagi kewangan aku. Terima kasih bos... InsyaAllah aku akan bekerja lebih gigih ;-)

Pesanan untuk diri aku: Jangan boros.. Ingat! setiap perbelanjaan kita di kira oleh Allah.

Inilah cerita aku...

Perginya 2008

Hari ini sudah 14 hari kita meninggalkan tahun 2008. Tahun 2008 ini telah merakamkan pelbagai cerita dalam kehidupan ku. Suka duka tersemat kemas menjadi lipatan sejarah serta kenangan. Berikut adalah antara hari-hari penting aku dalam tahun 2008;

1. 14 Jan 08 - Hari pertama my hubby berorientasi untuk kpli-jqaf di IPIK. Dia mengajar di sek Keb Selayang Baru 1. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Hanya 5 minit perjalanan dari rumah (tanpa jem). Dan kami pun tak terpisah ;-)

2. 22 Feb 08 - Mendapat berita gembira. Aku hamil 7 minggu!! Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Dan ini menjadi sebab yang kukuh untuk aku menarik diri dari ditugaskan ke luar negara. Nasib baik...

3. 1 April 08 - Secara rasminya syarikat berpindah kebangunan sendiri (4 tingkat di taman Melawati). Design karpet kt level 2 mengikut citarasa aku. (level akulah tu..) Seronok bila bos ikut pilihan kita... termasuk karpet kat bilik dia.

4. 28 Sep 08 - Aku melahirkan anakku Afnan Mujahid. Dapat merasakan sakitnya bersalin dan merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.

5. 19 - 21 Nov 08 - KLIFF 2008. Hari besar bagi setiap warga CERT. Terutama CERT event. Aku tetap hadir membantu walaupun hanya dipejabat (masih dalam pantang)

6. 20-21 Dis 08 - Perkahwinan kakak kesayangan ku. Hari bersejarah bagi dia. Tahniah long. Semoga berbahagia selalu dan tabah mengahadi hidup sebagai seorang isteri.

7. 24 Dis 08 - Permohonan ku gagal. huhuhuhuhuuuuu... Mungkin cerita hidupku bukan disitu. Aku pasrah atas segala yang ditentukan.

Tahun 2008 ini meninggalkan banyak kenangan. Perkara yang paling besar buat diri ku adalah aku dinaikkan pangkat sebagai ibu oleh Allah s.w.t. Ia banyak mencabar emosi da kesabaran aku. Hampir sahaja aku tewas. Setiap masa ada sahaja bisikan-bisikan yang melemahkan aku. Aku mohon kekuatan daripada Allah.... tabahkan diri ini.

Kewangan aku juga semakin kukuh. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku. Aku dinaikkan gaji. Mungkin rezeki baby. Tapi yang pasti... sepanjang aku mengandungkan Afnan Mujahid, segala kerja aku dipermudahkan Allah. Urusan aku dengan client berjalan lancar. Segala puji bagi Mu ya Allah...

Selamat tinggal 2008. Dan aku masih diCERT...

Inilah cerita aku...

Tuesday, January 13, 2009

Ceritaku.....

Ceritaku adalah cerita aku. Mengandungi cerita mengenai aku, hidup aku, perasaan aku, pendapat aku dan apa-apa sahaja yang aku rasa tangan ku ini ringan untuk menaip. Mungkin luahan perasan, catatan harian kisah tauladan dan sebagainya... ini adalah blog aku dan cerita aku....

Aku aku aku... semuanya tentang aku....
Related Posts with Thumbnails