Pages

Friday, October 22, 2010

MAHALNYA HARGA SEHELAI KAIN

Salam semua. Harap semua sihat dan sentiasa berada dibawah limpah dan rahmatnya. Hari ini saya nak bercerita tentang harga sehelai kain.


Alkisahnya, adik saya adalah seorang penjahit manik. Baru-baru ini, dia mendapat tempahan dari seorang tukang jahit untuk menjahit manik pada baju tempahan pelanggannya. Alhamdulillah ada rezeki untuk adik saya. Pelanggan tersebut adalah isteri 'somebody'.

Sebelum memberi tempahan tersebut, tukang jahit berkali-kali berpesan kepada adik saya agar menjaga dan menjahit kain tersebut dengan hati-hati.Antara pesanannya, jahit elok-elok, jangan kena air atau basah. Jangan kena panas. Untuk menambahkan lagi rasa hati-hati adik saya, tukang jahit itu menyatakan harga kain tersebut. Nak tau berapa harganya? RM350 semeter. Fuh!! memang perlu berhati-hati.


Kain jenis sutera Italy. 4 meter = RM1,400.00. Bagi saya ia sangat mahal. Bagi mereka yang ada-ada mungkin ia adalah perkara biasa. Ini membuatkan saya berfikir dan insaf. Kita baluti badan semasa hayat kita dengan kain yang begitu mahal. Namun ada kekadangnya, kain berharga mahal tetapi tak mampu membaluti keseluruhan tubuh. Atas tujuan apa pula kita membeli dengan harga yang begitu tinggi? Harap tiada sifat ujub yang lahir disebalik itu.

Adakah begitu juga sifat kita atau harga pakaian kita semasa bertemu Allah kelak? Berapa harga kain kafan kita nanti? RM250 semeter? atau RM2.50 semeter?

Bagaimana pula amalan kita? adakah semahal dan setinggi atau lebih tinggi dari harga kain kita? Jangan pula lebih rendah atau tiada nilainya. Nauzubillah...


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, October 19, 2010

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Salam semua. Ya Allah lamanya saya tak menjengah ke sini. Kalau rumah tu mesti dah bersawang dan di huni anai-anai. Kebelakangan ini, ada saja yang menghalang untuk saya ke sini. Tambah pula dengan masalah diri sendiri :-)

Bagi mengisi kembali laman ini, saya ajak semua untuk menghayati maksud kata-kata yang kita ucapkan semasa kita duduk antara dua sujud didalam solat seharian kita. Solat dan semua perbuatan dalam solat serta bacaannya sudah menjadi rutin harian kita. Disebabkan itulah, kadang-kadang kita sekadar baca tanpa menghayati malah memahami maksud perkataan yang kita lafazkan.

Gambar hiasan dari internet

Mari kita menghayati doa ketika kita duduk antara dua sujud;

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sumber: Email yang difowardkan.




 Fikir-fikirkanlah...

Related Posts with Thumbnails