Pages

Monday, November 29, 2010

JADILAH MACAM SYAITAN!

Assalamualaikum w.b.t.



Seronok berbual-bual dengan rakan-rakan pejabat. Pelbagai topik keluar. Isu utama perbualan adalah hal politik. Dalam seronok berbual, terselit juga pelbagai cerita dan kata-kata. Antara buah perbualan;

A:  Hidup ni, kita kena jadi macam setan!!

B & C:  HUISH!!!!! apalah akak ni. Melampaulah tu....

A: Eh betullah. Kita ambil lah yang positifnya

B: Apa yang positifnya?

A: Dalam hidup ni kita tak boleh putus asa. Jadi macam setan, tak pernah putus asa. Dia akan tetap goda manusia walau dimana & bagaimana cara sekalipun. Jadi, kita jangan mudah putus asa. Kalau tak boleh cara macamni, kita cuba cara lain pulak. 

B: Memanglah kak. Tapi orang sekarang ni ambil yang depan je. JADI MACAM SETAN! ayat belakang dah tak sempat nak dengar dah.. 

Yang C hanya diam tak menyampuk. Moral of the story, setiap benda yang dijadikan Allah ni ada pengajaran disebaliknya. Terpulang pada kita mentafsirkan. Jangan kita jadi lebih dari setan sudaahhhh...


Fikir-fikirkanlah...

DOA MUSTAJAB

Assalamualaikum w.b.t.



Hari ni saya nak cerita berkenaan waktu-waktu atau keadaan yang mustajab untuk berdoa insyaAllah...

  1. Antara azan dan iqamah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.
  2. Sepertiga malam. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langot dunia aetiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: "sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya".
  3. Pemimpin adil, orang berpuasa & orang teraniaya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "3 orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang teraniaya. Allah menangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit terbuka".
  4. Ketika sujud. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud & ruku. Waktu yang paling dekat hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika sujud".
  5. Ketika ayam berkokok. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada golongan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".
  6. Malam hari. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah"
  7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".
  8. Tidak terburu-buru (sabar). Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullahbersabda: "Doa seseorang itu akandikabulkanselagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.
  9. Hari Jumaat. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada satu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu".
 Berdoalah dan berdoalah. Sesungguhnya Allah suka hamba yang sentiasa berdoa dan meminta kepadanya.



Fikir-fikirkanlah...

Saturday, November 27, 2010

TAG DARI IZZAH MUFFIN LOVER

Assalamualaikum...


Huwaaaa... Alhamdulillah, terima kasih pae sahabat sejati ku kerna menge'tag' diri ini. Akan aku buat sebaik mungkin. Sebelum nak menjawab soalan berangkai, nikmati pantun dibawah ye ;-)

Izzah Muffin lover punya cerita
Tag darinya daku terima

Penuh soalan menguji minda
Akan ku jawab dengan gumbira

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
  1. Mee goreng. Tak kisah lah mee goreng apa janji di goreng. Goreng camne pun tak pe asalkan G.O.R.E.N.G. Suka sebab mee tu diGORENG. Berapa banyak goreng daaaaaaa
  2. Mee kari. Suka pedas-pedas. Tak suka kuah cair or terlalu pekat. Yang sedang-sedang saja...
  3. Spageti. Kuah tak suka masam-masam. Nak ada rasa asia skit (pedas). Spagetinya tak suka keras.
Pendek kata. Suka benda yang macam mee & rupanya macam mee ;-)


2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?

  1. Jus tembikai
  2. Air limau (limau nipis)


3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.

Malay, Western, Italian



4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".

Hahahaha terang cakap memang tak expert masak. setakat ni orang duk mintak masak sup je lah. Takde plak diorang kata sedap giler. Cuma diorang kata 'tokey sup' hehehehe



5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?

Huhuhuhuhu... paling mahal RM100++. Masa makan kat ikan bakar sekincan. Nasib baik puas hati. Tapi.......... saya tolong bayarkan je, duit tu kuar dari dompet orang lain hehehehe. Acilah kan hehehehe



6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?

Tak tau lah yang mana satu yang feberetnya. Tapi yang terasa nak pi sangat kat chengho. Sotong goreng mentega dia manyak syiuuuukkkkkk.... Seme lauk kat sana sedap2



7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.

Satu je ker? Paling suka ayam. Sebab selalu duk makan ayam je. Yang lain2 tu jarang. Nak plak yang eksotik.



8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.

mmmmmmm... tak ingat nama restoran tu apa. Tp kat bangi. Dekat ngan yenkies hut. Makan ngan minum apa tak ingat lah plak. Sorry lah ek.



9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?

Daging masak kicap. Dia suka sangat kalau abah dia yang masak. Sapa masak pun katanya tak sama ngan abah dia masak. Nasib baik saya masak dia tak komen hehehehe



10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?

Tak kisah hidang apa, tapi kasilah makanan yang sedap-sedap hehehe. Bukan selalu sayang datang umah ni kak. Takkan biskut kering je hehehehehe..



11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.

Macam ko lah jugak pae.. tak kisah lah perut apa memang tak lalu nak makan. Pastu makanan yang terlalu rasa bawang putih. Boleh buat termuntah kat situ juga



12. Menu raya paling disukai.

Lemang dan rendang. Tapi sejak kawin dengan orang yang suka makan nasi impit ni, makanan ni pun dah jadi feberet. Tak raya pun terasa nak makan kuah kacang



13. Jajan/Cikedis favourite?

Tak suka jajan. Makan sikit-sikit boleh lah.



14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?

  1. Mee kari. Mee kari mak masak yang paling sedap
  2. Ayam masak merah dari dulu sampai sekarang. Tapi versi sekarang dah lain skit ;-)



15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?

Mee goreng sendiri masak. Nak cover line telan juga lah walaupun orang lain surrender huhuhuhu



16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?

Mee kari. Sebab dia datang rumah ari tu ingat dapat makan mee kari tapi tak de. Tapi tunggu my mum ada lah ek hehehehe



17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
 
Ayyoyo.. ini part paling susah. Kalau tak tag boleh tak? ooooo boleh? terima kasih ;-) next time i tag ye..


Fikir-fikirkanlah...

Friday, November 26, 2010

DUHAI ANAK DARA...

Assalamualaikum w.b.t

Gambar sebagai hiasan

Anak dara adalah gelaran bagi si gadis sunti yang masih belum berkahwin. Selalunya, waktu inilah mereka dijaga dengan sungguh-sungguh oleh ibu dan ayahnya. Dijaga dari segi adabnya, budi pekerti dan tingkah laku agar semuanya tampak sempurna. Agar semuanya indah belaka.

Orang tua dulu menyediakan pelbagai pantang larang untuk si dara. Semuanya demi menjaga mereka agar menjadi insan pemalu, rajin, serta bijak dalam hal rumah tangga. Bak kata orang tua, supaya menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Antara larangan orang dulu-dulu;

  1. Jangan tidur meninggi hari
  2. Jangan menyanyi di dapur
  3. Buat kerja biar berhalus (lemah lembut)
  4. Bercakap jangan terdengko-dengko (cakap dengan keadaan menjerit)
  5. Jangan pulang petang
Dan bermacam-macam larangan lagi. Dan anak dara juga perlu pandai memasak. Semua ajaran ini banyak menjurus kearah menjaga rumah tangga.

Ia amat bagus sekiranya dipraktikkan tak kira zaman. Namun apa yang berlaku dengan anak dara zaman sekarang?

Tak kira anak dara atau anak teruna sama sahaja. Tidur tak ingat dunia. Bangun nak di kejut. Makan nak di masak. Berjalan merata alam tak ingat waktu. Mana hilangnya ajaran dulu kala?

Betapa besarnya cabaran untuk mendidik anak dizaman sekarang dan akan datang. Semoga kita semua mampu melahirkan generasi yang cemerlang untuk dunia dan akhirat. aaaammmmiiinnn....


Fikir-fikirkanlah...

Thursday, November 25, 2010

WAHAI MUSLIMAH, JAGALAH AURAT MU..



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Fikir-fikirkanlah...

Sumber; http://www.facebook.com/note.php?note_id=468187336869&id=100000349015439

 

HANTARAN PERKAHWINAN

Salam semua. Semalam baru balik dari kampung setelah hampir seminggu bercuti. Mula cuti hari sebelum raya haji. Semuanya demi menjayakan majlis perkahwinan adik ipar pada 20/11/2010. Tugas saya adalah memastikan keperluan pengantin lengkap. Bermula dari hantaran, aksesori, fotografi dan sebagainya.

Sambil-sambil tu bolehlah menunjuk & mengasah bakat mengubah hantaran hehehe... dibawah adalah beberapa gambar hantaran yang dihasilkan. Semua ala kadar. Selamat menjamu mata;










Selamat pengantin baru buat Norwahida & Borhan :-) Peace nor war...

Fikir-fikirkanlah...

YA ALLAH BANTULAH AKU


Ya Allah, Engkau makbulkanlah permintaanku
Hanya kepada mu aku merayu
Aku berusaha sedaya mampuku
Kini aku berserah kepada mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merayu kepadamu
Engkau permudahkanlah jalan ku
Agar tenang diri ku
Ya Allah Ya Rabbi
Sesungguhnya aku benar-benar berharap dan mengharap
Amin Ya Rabbal'alamin


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, November 9, 2010

MAKAN LAGI...

Salam semua. Dah memangnya waktu balik kampung ni adalah waktu untuk mengeyangkan perut kan, so apa lagi... kita hadaplah dengan makanan yang teringin nak makan.

Untuk sarapan pagi, my lovely sister masakkan nasi lemak dengan sambal telur rebus. Apa taknya, malam sebelum tu apak & my hubby bawak balik sebekas bunga telur dari rumah orang khatam Quran. Semua ada lebih dari 30 biji telur rebus. Supaya tidak merugikan sipemberi, kami buatlah nasi lemak bersambalkan telur rebus. Yum yum.. memang sedap.


Resepi sambal telur? kalau ada request baru kasi hehehehe.. bukan apa, malas nak menaip hehehe sory lah ek.

Tengah hari sebelum berangkat pulang, dijamu pula dengan sup tulang. Fuuuuuhhhhh mengancam. Sup gearbox tu....



Si Afnan pun sakan melantak juga sup ni. Tapi dia tak panggil daging, dia panggil ayam. apa apa aje lah anan. Janji bahagia.

Untuk bekal, my lovely sis masakkan gulai jering. Yang ni tak dapat nak ambil gambar. Alhamdulillah.... kenyang perut balik kampung. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sesi makan-makan ini. Love you all..

Fikir-fikirkanlah...

AYAM PASAR MALAM

Salam buat semua. Sempena cuti depavali yang lepas, saya dan keluarga ambil kesempatan untuk balik kampung. Seronoknya dapat balik kampung. Dah lama rasanya tak balik ke pahang. Saya balik ke Jerantut Pahang.

Satu perkara yang paling menyeronokkan kalau balik kampung ni adalah.............  MAKAN-MAKAN TIME!!!! Adik saya memang suka masak. So kalau kakak-kakak dia balik, pelbagai resepi dan masakan yang dia akan sajikan pada kami. Yum yum yum... yang pasti seme sedap-sedap.

Resepi yang saya nak kongsi disini adalah AYAM PASAR MALAM. Ini adalah menu ayam goreng yang digoreng ala pasar malam ;-)



Resepi ni dapat dari orang Melaka (Mak kawan dia). Bahan yang penting adalah tepung goreng tersebut. Diingatkan, resepi dibawah adalah untuk menggoreng ayam yang banyak (macam nak jual kat pasar malam lah). Kami buat mengikut resepi dibawah. Tapi lebihan tepung tersebut disimpan untuk gorengan yang akan datang ;-)

Resepinya;

RM1 serbuk ketumbar
RM1 serbuk jintan manis
RM0.50 penumis (kulit kayu manis, bunga lawang etc - yang jual siap dalam peket) - dikisar halus
Serbuk rempah sup adabi (peket kecik)
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Pak Aji (bahan perasa - kalau nak letak)
1 kg tepung gandum
500g tepung beras
200g tepung jagung

Gaulkan kesemua bahan tersebut dan ayakkan supaya sebati.

INGAT!! - Bahan diatas adalah untuk menggoreng ayam yang amat banyak macam di pasar malam

Cara masak;

  1. Cairkan sedikit tepung adunan di dalam besen.Bancuhan memang cair (lebih cair dari buat lempeng)
  2. Sediakan tepung untuk menyalut ayam didalam bekas lain
  3. celup ayam dalam besen yang mengandungi bancuhan tepung cair, kemudian golekkan kedalam bekas tepung kedua dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak yang panas.
  4. Ayam di masak secara deep fry.

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, November 2, 2010

DOAKAN SAYA DAN ANAK-ANAK SAYA

Salam semua, harap semua sihat dan sentiasa terpelihara dari segala kejahatan duniawi dan makhluk-makhluk didalamnya.
Sejak akhir-akhir ini saya sering terganggu. Bukan secara fizikal, tetapi emosi, mental & rohani. Ini juga menjadi sebab kenapa saya jarang kesini dan jarang melawat sahabat-sahabat sekalian. Minggu lepas, seminggu saya berada di kampung untuk proses pemulihan. Pemulihan apa? bunyi cam serius je kan... hehehehe saja nak buat suspen skit.

Apa yang berlaku? Kesihatan anak-anak saya kurang memuaskan. Afnan & Aiman batuk teruk. Afnan dah hampir sebulan batuk tanpa henti. Kejap baik kejap teruk. Aiman hampir-hampir dimasukkan kehospital atas sebab lung infection. Baru je sembuh, terkena jangkitan semula selepas 2 hari dinursery. Oleh sebab itu, doktor menasihatkan kami untuk menukarkan nursery mereka.

Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan nursery untuk Afnan. Aiman, terpaksa kami tumpang di tadika afnan dahulu untuk tempoh sebulan. Dalam tempoh itu, kami perlu mencari tempat lain untuk Aiman. Manalah nak diletakkan si Aiman nih...

Saya pula menghadapai masalah emosi (spiritual). Masih dalam usaha pemulihan. Tak boleh nak cerita panjang-panjang. Bimbang emosi terganggu.

Oleh itu, mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesihatan kami semua.

Fikir-fikirkanlah...

MY NEW BROADBAND

Salam semua, Alhamdulillah masih dapat bersiaran lagi ;-) Ini adalah antara sebab kenapa saya lama menyepi. 

Hubby potong broadband kami yang dulu, sebab ada ehsan wifi jiran sebelah. Bukan curi line tau. Jiran kami baik hati untuk berkongsi kemudahan jalur lebarnya. Orang dah memberi, kami suka untuk menerima. Malangnya, baru-baru ini dia tukar password wifi tersebut menyebabkan kami terputus hubungan huhuhuhu. Hari ini kami pi register line baru :-)

mmmmm nak buat macammana.. hidup zaman sekarang ni banyak bergantung dengan broadband.. jangan kadi beruk band sudah..


Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails