Pages

Showing posts with label Ramadhan dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan dalam sejarah. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 15 RAMADHAN

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGGOL

Kaum Monggol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi kawasan seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih dari sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bankit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabula Monggol yang terkenal dengan keganasan akhirnya tumpas kepada tentera Islam.

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, August 25, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 10 RAMADHAN

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

10 ramadhan tahun ke-6 Hijrah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termetrai dengan orang Islam. Dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui bahawa kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang dan setiap suku Arab boleh memilih samaada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.

Malangnya, perjanjian dikhianati oleh puak musyrikin Quraisy. Ekoran itu Rasulullah S.A.W mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy. Kemaraan umat Islam tidak mampu disekat oleh musyrikin Quraisy. Akhirnya umat Islam berjaya memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 24, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 2 RAMADHAN


Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletakdi antara Madinah & Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat disitu.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera munsrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 anggota tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails