Pages

Tuesday, April 26, 2011

MAAF KERANA MENYEPI

Assalamualaikum w.b.t

First of all, saya mohon maaf kerana telah membiarkan laman ini sepi. Kalau rumah tu mesti dah bersawang dan dah naik anai-anai. Tiang pun dah goyang. Kesibukan kerja menghalang saya untuk aktif berblog. (huh! salahkan kerja pula ;-))

Insyaallah selepas ini saya akan lebih fokus kepada laman ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk saya duduk dikerusi saya sekarang ini. Saya akan meninggalkan tempat kerja saya sekarang dan menjalankan beberapa peluang perniagaan. Itu juga adalah sebab mengapa saya terlalu sibuk sehingga meninggalkan laman ini buat seketika. Biasalah, semakin dekat hari untuk meninggalkan syarikat, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

Sekarang rasa bercampur antara gembira dan sedih. Sedih untuk meninggalkan rakan sekerja dan bos yang baik :-) gembira sebab dah tak terbeban dengan segala 'beban'. Sekarang, saya memilih untuk bekerja sendiri, dan mencari peluang sendiri. Semoga Allah memurahkan rezeki saya demi anak-anak.

Saya ingin menjadi benih yang subur, walau kemana dicampakkannya, ia akan memberi manfaat kepada manusia dan sekitarnya.


 KEJARLAH AKHIRAT, NESCAYA DUNIA AKAN DATANG KEPADA MU...

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails