Wednesday, March 28, 2012
IMPIAN JADI KENYATAAN
Assalamualaikum buat semua. Lamanya saya tak menjengah kesini. Kalau rumah tu dah bersawang & usang pun. Astaghfirullahal'azim.... Kesibukan menyekat saya daripada banyak 'beronline'. Bila dah tiba waktu senggang, nak berehat pula.
Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana telah menunaikan salah satu impian yang ingin saya laksanakan dalam hidup saya. Sejak kecil saya inginkannya. Kini, impian itu terlaksana.
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah impian tersebut. Semenjak kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Dan kini, saya telah bertukar profession kepada guru! Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah Ampang. Tahun lepas saya memohon KPLI-SR JQAF. Alhamdulillah rezeki Allah telah tetapkan saya berjaya di terima menjadi guru pelatih.
At last! terima kasih kepada sahabat yang mengucapkan tahniah. Mereka yang bersahabat dengan saya pasti tau sejauh mana keinginan saya dan minat saya terhadap profession ini. Saya tidak akan sia-siakan peluang yang Allah berikan ini. Saya akan gunakan sepenuhnya untuk menabur segala jasa dan ilmu yang ada buat anak bangsa.
Terima kasih Ya Allah dengan anugerah yang Engkau berikan...
Fikir-fikirkanlah...
Saturday, November 26, 2011
KITA & KESIHATAN
Assalamualaikum semua. Maaf kerana tenggelam semula dua tiga hari. Biasalah, berkongsi BB dengan my hubby. So kena lah bergilir-gilir. Bila dah sampai my turn, penyakit malas pun sampai. Nak pula email& FB boleh check trough hp je. So lagi lah malas nak membuka lappy.
Kali ni saya nak berkongsi @ bercerita tentang kesihatan. Nak kata saya sihat sangat pun tidak juga. Tetapi, apa yang penting adalah, KESIHATAN itu AMAT PENTING bagi kita. Kesihatan itu satu nikmat yang tidak terhingga. Pada waktu ini,dalam suasana kehidupan kita yang terlalu banyak ancaman yang menggugat kesihatan, ia menjadi sesuatu yang amat-amat bernilai.
Terlalu banyak ancaman kesihatan. Ancaman utama adalah dari makanan dan minuman. Selain itu, pencemaran udara dan sebagainya. Terfikirkah kita apabila, Doktor suruh kita makan sayur untuk kita sihat. Tetapi sayur itu sendiri telah tercemar dengan pelbagai bahan perosak. Rutin harian kita yang sentiasa sibuk kini juga menyebabkan kita tiada masa dan membuatkan kita mengambil makanan segera dengan kadar yang tinggi. Makanan segera bukan hanya McD, KFC dan .... tetapi makanan dalam tin & 3 in 1 itu juga dikategorikan sebagai makanan segera. Bukan setakat makanan, air yang kita minum juga tercemar. Pernah kita dikejutkan semasa bulan puasa yang lepas dengan berita kanak-kanak meninggal kerana meminum ABC. Kisah mereka yang meninggal dan sakit akibat kencing tikus. Itu belum lagi masalah kencing manis & darah tinggi yang semakin meningkat statistiknya.
Baru-baru ini, semasa saya mengadakan kaunter di sebuah klinik, saya terjumpa rakan lama. Saya bertanya urusan dia ke klinik. Katanya untuk check up kencing manis. Agak terkejut saya kerana dia baru berumur 28 tahun. Dan kencing manisnya pada tahap yang tinggi sehinggakan mesin pembaca tidak dapat merekod bacaan. Na'uzubillah....
Kanser juga kini menjadi penyakit biasa. Kanak-kanak juga kini berisiko mendapat kanser. Kini kesihatan sangat mahal harganya. Kita sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk barangan lain (kereta, rumah, tv plasma etc..). Mengapa kita tidak sanggup untuk melabur untuk kesihatan yang menjamin kehidupan yang lebih sempurna?

My theme now is "Lets Healthy & pretty" hehehehe......
"Jom Sihat &cantik"
Labels:
kecantikan,
kesihatan
Saturday, November 12, 2011
HASIL MANIK: LAYAH PENGANTIN
Assalamualaikum.... Baru-baru ini saya telah pulang ke kampung bagi merayakan Aiduladha bersama keluarga. Secara sengaja saya diminta oleh adik saya untuk membantunya memanikkan 1 layah pengantin. Mungkin ada sebahagian pembaca sudah sedia maklum yang adik saya adalah seorang beader. Bagi peminat manik boleh melayari blognya http://www.marwadinni.com/
Pada asalnya saya memang minat dengan hasil manik dan menyulam. Pada waktu remaja-remaja dahulu (sekarang pun rasa cam remaja lagi hehehehe), saya pernah membabitkan diri dalam dunia ini. Namun apabila sibuk dengan pelajaran dan kemudian menempuhi alam pekerjaan, perkahwinan dan kini keibuan :-) Saya meninggalkan bidang tersebut. Disebabkan sejarah lampau yang cemerlang ;-) dia memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi sentuhan dan mencurahkan idea bagi memenuhi kehendak sipemilik layah.
Saya mulakan dengan design yang sesuai untuk tampalan lace. Kemudian dicantikkan dengan tambahan manik. Namun, saya tak dapat habiskan jahitan disebabkan gangguan daripada hero-hero. So adik saya sudahkan denagn menyambung jahitan manik. So ini adalah hasil kerja kami berdua.. Insyaallah selepas ini saya akan kembali bergiat dalam dunia manik... I'll become a beader!!!
Selamat menjamu mata;
Inner syria itu dijahit sepenuhnya oleh adik saya marwabeads. Untuk sebarang tempahan manik, anda boleh menghubungi kami ;-)

Sulaman manik
PROJEK KETIKA MENYEPI
Assalamualaikum.. Selamat tengah hari semua. Entri ini sekadar nak menceritakan perkara yang saya lakukan ketika saya menyepi dari berblog. Beberapa bulan yang lepas, saya mengaktifkan diri dalam dunia takaful. Banyak join kaunter. Mengajak orang untuk bersama-sama menyokong mumalat Islam.
Selain itu, saya mengambil tempahan baju kurung untuk Raya Aidilfitri. Agak tak menang tangan juga dibuatnya. Sampaikan baju sendiri pun hampir-hampir tidak terjahit. Tahun ni terasa macam ibu mithali je.. hehehehe... sebab baju melayu anak-anak pun dijahit sendiri. Termasuk sampin mereka. Bila balik kampung, 1 hari tak leh nak bangun, sakit badan sebab 2 hari tak tidur. Menjahit punya pasal huhuhuhuuuu... Upah tempahan serendah RM35 untuk baju kurung dan RM45 untuk baju kurung pahang..
Alhamdulillah hujung tahun ni dah ada yang menempah untuk baju sekolah anak-anak :-)
Di bawah ni saya ada letakkan gambar baju kurung saya dan baju melayu anak-anak.

Saya bersama hero2..
Fikir-fikirkanlah...
Labels:
umum
Thursday, November 10, 2011
LAMANYA LAMANYA LAMANYA....
Assalamualaikum semua.. Lamanya saya tidak menulis mahupun menjengah kesini. Ibarat rumah yang lama ditinggalkan sampai naik sawang huhuhuhu.... Sibuk ke? Boleh tahanlah. Bukan setakat blog yang saya tinggalkan, dunia facebook pun jarang saya kunjungi. Saya amat-amat kurang melayari internet setelah saya berhenti dari dunia pejabat. Saya hanya berhenti dari dunia pejabat, bukannya dunia pekerjaan. Alhamdulillah Takaful berjalan lancar. Kini saya menambah lagi cabang perniagaan saya. Doakan saya berjaya.
Terima kasih bagi mereka yang mengunjungi blog saya semasa ketiadaan saya. Dan bagi yang meninggalkan jejak dan mengemail saya, mohon maaf kira saya lambat membalas email. Insyaallah saya akan kembali aktif berkongsi info disini.
Fikir-fikirkanlah...
Wednesday, June 29, 2011
KEMBALI BERSIARAN
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulilah setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali bersiaran ;-) Secara rasminya saya telah berhenti kerja pada 26/5/2011. Berhenti dari kerja pejabat. Kerja lain masih banyak menanti. Kini hati rasa lebih tenang. Lebih banyak berdoa, lebih rasa kebergantungan kepada yang Maha Esa. Alhamdulillah, dapat kurangkan dan hapuskan unsur-unsur yang kurang sihat.
Saya dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Pagi-pagi boleh uruskan anak-anak. Memang seronok. Dah selesai semua baru bergerak untuk mulakan kerja bagi diri sendiri ;-) Kini bergelar sebagai Takaful Consultant sepenuh masa! Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki saya demi orang-orang yang berada dibawah tanggungan saya. Selain itu, banyak lagi sampingan yang saya buat :-) Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit dalam entri seterusnya.
Kita hidup tak lama. Carilah redha Allah. InsyaAllah, setapak kita menghanpiriNya, berpuluh tapak dia hampir kepada kita.

Wednesday, May 4, 2011
MULAKAN LANGKAHMU
Assalamualaikum w.b.t
Sedikit motivasi buat diri sendiri. Mungkin sesuai untuk dikongsikan bersama......
Motivasi untuk diri bagi memulakan dan terus melangkah. Juga sebagai latihan fotografi ;-)
Model: Aiman Mujahid yang sedang tidur.

Subscribe to:
Posts (Atom)