Pages

Sunday, February 27, 2011

OUTDOOR CLASS FOR WEDDING PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya menghadiri kelas photography untuk wedding photography. Kelas diadakan oleh sifu mudme & Isma. Photographer untuk underoneroof. Lokasi yang di pilih adalah tasik dibelakang mahkamah Shah Alam, di persiaran pegawai.

Saya belajar berkenaan wedding atau lebih tepat mengenali majlis perkahwinan. Apa yang perlu diambil berat semasa majlis dan majlis apa yang perlu dititik beratkan. Apabila dah kenal majlis, saya belajar prinsip DECAF. Menurut sifu, kalau saya dapat cover semua prinsip tersebut, gambar majlis saya sudah sempurna! Saya akan terangkan prinsip DECAF di entri yang lain. 

Tapi, apa yang paling penting dalam photography, DO NOT EVER MISS ANY PART OF YOUR CAMERA!! this what i've learn yesterday coz I leave my SD for my camera!! dont ever overconfident. You must check & double check your camera before leaving for shooting. No one can help you unless you come in group.

Then, we learn about portraiture & creative photography. My sifu said "Kena belajar asah mata" terlalu banyak rasanya apa yang saya belajar semalam. Gambar? nanti saya upload. Nak upload pun nak kena cerita pasal gambar tu kan? banyak nak kena belajar lagi.. lain kali lah ek.. 



Fikir-fikirkanlah...

Sunday, February 20, 2011

OUTDOOR: FRIM, KEPONG

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk buat 1 sesi outdoor dengan sahabat saya norziati. Kebetulan sebenarnya. Sebab suami pun ada kem di sana. Alang-alang nak kesana, saya pun ambil kesempatan untuk buat outdoor fotografi. Sesaja, mencuba KLIK camera sesuka hati. Mencari objek yang rasa cantik dimata dan berkenan dihati. Yang tak bestnya, kami outing tiada guru yang dapat membetul atau mengiakan apa yang kami hasilkan.

Semasa sesi fotografi tersebut, baru terfikir, bagus juga berfotografi. Sekurang-kurangnya berkesempatan dengan lebih teliti untuk menghargai ciptaan Allah dan belajar menilainya. Bagi yang mempunyai ilmu dalam bidang fotografi, anda dialu-alukan untuk memberi sebarang komen kepada hasil dibawah. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Bagi sahabat-sahabat lain komen-komen anda amat saya hargai dan alukan.

Selamat menjamu mata dengan gambar yang dihasilkan daripada ASN KLIK ;-)











 Semuanya yang tumbuh dari pokok yang mati





Fikir-fikirkanlah...

SLOW SHUTTER

Assalamualaikum w.b.t

Ini berkenaan teknik fotografi. Saya pun tak pandai sangat, tapi nak mencuba. Photo dibawah saya ambil menggunakan 'slow shutter'.



Saya letak kamera pada mode S. Kemudian saya ubah kelajuan shutternya ke tahap yang lambat (1/10). Ini bagi mendapatkan mood blur bagi objek yang bergerak. Tapi bagi gambar diatas, saya rasa kurang menjadi sebab tak banyak objek yang bergerak. Teknik ini cantik sekiranya diaplikasikan ditempat yang ramai orang seperti di lrt stesen atau tempat yang ramai orang bergerak ;-).

Apa pun, saya masih dalam proses belajar.


Fikir-fikirkanlah...

JALAN-JALAN: MELAKA

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat semua. Lama saya biarkan laman ini sepi tanpa berita. Almaklumlah, sibuk sangat kebelakangan ini.

12 Februari yang lepas, saya dan family telah menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Melaka. Alang-alang dah sampai ke sana, kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. So saya pun ambil kesempatan juga untuk KLIK ;-)

Berikut antara gambar yang diambil semasa disana. Happy viewing;







Fikir-fikirkanlah...

Monday, February 7, 2011

BILA PENCURI BERAYA?

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat semua sahabat. Semoga sihat semua hendaknya :-) Amacam cuti raya China? ada yang tersangkut kat trafik jem ke semalam? kami sekeluarga pun menimpa nasib yang sama dengan yang lain apabila sama-sama tersangkut dalam trafik. Perjalanan pulang ke KL dari Perak yang pada kebiasaannya 4 jam tapi semalam mengambil masa 7 jam. Nasib baik tiada yang mengamuk kat dalam kereta. Nasib baik juga ada second pilot ;-)

Uish dah melalut pula. Sebenarnya saya nak cerita tentang nasib yang menimpa jiran kami. Rumahnya dah 2 kali dimasuki pencuri. Kali pertama semasa cuti raya Aidilfitri lalu (tak ingat tahun lepas or 2 tahun lepas). Kali ke-2 adalah semalam, ketika orang masih lagi bercuti raya china. Pencuri ni akan beraya bila semua orang sedang bercuti raya!

 Kawasan kejadian

 Terdapat 1 kereta peronda polis, 1 kereta bahagian siasatan jenayah & 1 kereta unit K-9 yang datang kerumah tersebut untuk membuat siasatan. Saya masih belum mendapat cerita yang jelas berhubung kejadian. Tetapi apa yang menarik minat saya ialah, begitu banyak polis yang datang apabila kejadian berlaku dirumah yang begini besar dan tuan rumahnya berpangkat besar. Berapa orang polis pula yang akan datang sekiranya kejadian berlaku di kawasan perumahan kecil atau rumah mereka yang tiada berpangkat didunia?

Tak kisahlah rumah kecil atau pun rumah besar, perbuatan mencuri tetap salah disisi agama dan undang-undang dunia. Ia juga salah dari segi tatasusila hidup bermasyarakat.


Fikir-fikirkanlah...

SELAMAT PENGANTIN BARU: NORSUHANA & WAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 5hb Februari 2011 yang lepas, telah berlangsung majlis pernikahan adik ipar saya di Taman Serai Jaya, Bagan Serai Perak. Semuanya berlangsung seperti yang dirancang. Majlis meriah dengan perangai anak & menantu pakcik Idris yang haru biru :-)

Saya jadikan majlis ini sebagai lapangan untuk saya berlatih atau mengasah kemahiran photografi saya. Masih banyak yang perlu dibaiki dan ditambah. Apapun yang penting, saya mesti memiliki flash untuk mendapatkan hasil yang menarik! bak kata sifu. Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakam (dah edit sesikit mengikut suka hati saya ;-) )











 Amacam? This is my second assignment.
Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, February 2, 2011

FOTO: LENS 50MM

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua sahabat sihat belaka. Hari ini jom kita bercerita tentang kelas fotografi. Kali ini kami membincangkan kelebihan lens 50mm. Lens ini amat berguna bagi mereka yang melibatkan diri dalam dunia fotografi - perkahwinan (wedding photo).


Lens 50mm (Sifu kasi pinjam hehehehe)


Sangat cantik kalau digunakan untuk shoot gambar hantaran dan potrait / wajah pengantin. Ambil gambar makanan pun cantik. Bagi blogger yang membincangkan berkenaan makanan dan menyajikan gambar-gambar makanan, sesuai kiranya menggunakan lens jenis ini.

Kelebihan lens ini adalah untuk gambar yang mempunyai 1 titik fokus. Sebab ia akan fokus pada 1 titik dan akan blur segala titik lain. Betul ke penerangan saya ni? hehehehhe Itulah yang saya faham dari kelas yang singkat ;-) Tq sifu. Dan sekiranya kita menggunakan lens jenis ini, kita yang perlu bergerak (kedepan / kebelakang) bagi mendapatkan titik focus yang cantik. Kenapa? sebab lens ni tak boleh zoom.

Tapi, bagi kamera saya (D3100) saya perlu menggunakan lens 50mm AF-S untuk auto focus. Lens yang sifu pinjamkan adalah 50mm AF, ia jadi manual focus. So agak makan masa untuk focus dan dapatkan hasil yang baik.

Di bawah adalah contoh gambar hasil penggunaan lens 50mm. Maaf kira kualiti kurang menarik. Masih belajar dan tak dapat nak focus betul-betul sebab anak asyik bergerak & nak menangis huhuhuhu...

Hanya focus pada Aiman. Latar belakang secara automatik menjadi kabur & clean. 

 1 lagi contoh gambar menggunakan lens yang sama. 

So apa lagi? jom pi beli lens 50mm. mmhhuuuuaaaaa.... poket sapa yang nak dikorek ni? huhuhuhu.. Selamat berfotografi ;-)


Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails