Pages

Tuesday, September 28, 2010

JOM SOLAT DHUHA

Salam semua, hari ni saya nak ajak semua untuk renung dan bersama kita mengetahui cara melakuka solat Dhuha. Seperti yang kita sedia maklum, solat dhuha ni bagus untuk diamalkan. Dan ia juga antara cara untuk memohon daripada Allah supaya dimurahkan dan dibukakan pintu rezeki.



Berikut adalah sedikit info berkenaan solat dhuha;

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Jadi, kalau dah tau tu jomlah kita tunaikan solat Dhuha. Ia boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 atau 8 dan boleh sehingga 12 rakaat. Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang

Sumber: 
http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/  http://permai1.tripod.com/dhuha.html


Fikir-fikirkanlah...

Monday, September 27, 2010

AYAM GORENG MASAK LEMAK

Salam semua, dah lama tak buat entri pasal masak-masak. So kali ni kita adakan entri masak-masak. Kali ni saya masak something yang lain sikit. Nak ubah selera sikit. Resepi ni come out secara tiba-tiba. Alhamdulillah semua berselera dengan resepi ni. Hubby pun makan bertambah. My SIL kata namakan masakan ni 'masak oren'. Jom check resepi;


1/2 ekor ayam
1 inci halia
Minyak masak
Garam
Gula
Stok ayam (sikit je)
Asam jawa
2 cawan Santan

bahan kisar;
3 batang serai
7 biji cili besar merah
8 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara masak;

1. Goreng ayam (jangan garing sangat). Dah masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing & naik bau.Masukkan air asam jawa & santan + gula & garam (biarkan didih)
3. Bila dah didih, masukkan ayam goreng. Gaul, angkat dan hidangkan

Senang je kan.. Jimat masa dan tenaga. Sesuai untuk mereka yang bekerja ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, September 23, 2010

TANDA-TANDA HATI MATI

Salam semua, lagi peringatan untuk kita semua; 

Tanda-tanda hati mati;

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil  pengajaran daripadanya. 

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia
2-Zikrullah
3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


Fikir-fikirkanlah...

TANDA-TANDA DUNIA DIPENGHUJUNG NYAWA

Salam semua, semoga sentiasa dirahmati Allah selalu. Entri kali ini berkenaan penghujung semua kehidupan. Kebanyakan kita semua dah tau, tapi manusia ini mudah lupa (bukan melayu sahaja yang mudah lupa). So, saya peringatkan diri saya dan kita semua tentang tanda akhir zaman. Saya dapat peringatan ini melalui email yang diberikan oleh seorang sahabat. Tanda-tandanya seperti dibawah ini; 

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 
 
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan  salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela. 

 
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. 

 
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya.
 
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga  tidak baik. 
 
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 
 
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
 
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 

 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.

 
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
 
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 

 
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim



Jadi, banyak antara tanda-tanda tersebut sudah pun dan sedang berlaku dengan jelas di hadapan mata kita. Ia bukan lagi samar-samar. Tetapi jelas dan nyata. Oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menghadapi kedatangan akhir zaman itu.

Fikir-fikirkanlah...

Terima kasih kepada sepemberi email.

Wednesday, September 22, 2010

ORANG YANG ALLAH SUKA DAN TAK SUKA

Salam semua, hari ni kami semua kat office ni bergotong royong membersihkan setor office. Sambil bergotong royong, dipasangkan CD ceramah ustz Kazim. Alhamdulillah ada juga pengisiannya.

Antara isi ceramahnya berkenaan dengan kaya. Semua orang nak kaya. Islam juga menggalakkan ummatnya jadi kaya supaya boleh bantu ummat Islam lain yang susah. Sebab itu kalau di renung-renung, kenapa Allah letak telaga minyak di negara orang Islamnya ramai? sebab nak suruh jadi kaya lah. Allah lebih suka orang kaya yang ingat Allah daripada orang miskin yang ingat Allah.

Allah sangat suka - orang yang kaya dan ada ilmu
Allah suka - orang yang ada ilmu tapi tak kaya
Allah tak suka - orang yang kaya tapi tak ada ilmu
Allah sangat tidak suka - orang yang tak kaya dan tak ada ilmu

p/s: kita tidak akan kaya kalau setakat makan 'kaya'

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 21, 2010

ASN OPEN HOUSE SELESAI...

Salam buat semua. Susah betul nak update blog sekarang ni ish ish ish.. Anyway, Alhamdulillah hari ahad yang lepas kami sekeluarga berjaya mengadakan jamuan makan-makan sempena hari raya yang kita sambut baru-baru ini.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi datang ke rumah kami. Kami amat menghargai masa dan tenaga anda yang telah diluangkan untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Jemputan datang seawal jam 1.00 tengahhari sehingga 8.30 malam.


Menu yang disediakan adalah;
  • Sup yang boleh di jadikan mee sup & soto, 
  • Nasi impit + kuah kacang
  • Lontong
  • Rendang daging
  • Lemang
 Alhamdulillah semua makanan habis dijamu. Yang tak bestnya, gambar tak sempat nak ambil walau sekeping.

Amat-amat berterima kasih kepada keluarga belah Perak kerana meluangkan masa untuk hadir dan membantu bagi menjayakan majlis ini.

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Salam buat semua... agak lama juga menyepi tanpa berita. Almaklumlah sebelum raya sibuk, masa raya lagi sibuk. Sekarang dah masuk kerja, sibuk plak dengan kerja (hehehe sibuk ke?). Apa pun masih belum terlambat untuk saya mengucapkan kepada semua SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI kepada semua umat Islam yang meraikannya.

Insyaallah hujung minggu ni 19hb sept 2010, kami sekeluarga merancang untuk mengadakan rumah terbuka. Saya menjemput semua kenalan lama, baru dan yang baru nak berkenalan datang kerumah saya di Sg Tua, Batu Caves (Pae datang jgn tak datang!!).

SELAMAT HARI RAYA!!!!



Fikir-fikirkanlah...

Thursday, September 2, 2010

ISLAM BUKAN MACAM MARKAH EXAM!!

Salam semua. Entri ini adalah berikutan entri dibawah. Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah dari Ustz Kazim berkenaan aurat wanita. Ramai wanita sekarang menutup aurat ala kadar. Pakai tudung ikat belakang menampakkan leher. Pakai selendang jarang menampakkan rambut yang digelar sebagai mahkota. Pakai baju / t-shirt ketat macam menyalut nangka.

Bila ditegur jawabnya; "Saya ni ok lagi, masih pakai tudung biarpun pakai ikat belakang je. Orang lain langsung tak pakai tudung!"

Inilah salah orang sekarang. Salah faham. Dah tau tiada ilmu or tak cukup ilmu, tak mau pula menambahkan ilmu. Islam bukan macam markah exam. Buat sikit-sikit dah dapat markah. Pakai tutup sikit-sikit dah dapat markah or berkat. Nak dapat A tutup semua dan pakai tudung paras sekian. Nak sekadar lulus, cukup sekadar tutup tak kisah ketat or jarang.

Islam adalah tetap. Kalau dah solat zuhur itu 4 rakaat, tak boleh buat 3 1/2, mesti buat 4 baru sempurna. Kalau dah Allah kata kena tutup, tutuplah hukumnya. Jangan kerana dek nak berfesyen kita menghalalkan segalanya.

Saya pun bukanlah bagus sangat. Tetapi saya juga berusaha untuk memperbaguskan diri agar mendapat redha-Nya.

Fikir-fikirkanlah...

KAMI TAK TUTUP AURAT TAPI HATI BAIK - OK WHAT?

Salam semua, sedang saya membaca email-email yang memenuhi inbox saya, terjumpa sebuah email yang dipostkan melalui yahoo group ummiku sayang berkenaan tajuk entri ini. Jemput kalian baca sendiri dibawah ini ya...


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?


Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?



Sumber: http://hotneuzs.blogspot.com/2010/08/kami-tak-tutup-aurat-tapi-hati-baik-ok.html

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, September 1, 2010

RAMADHAN DALAM SEJARAH: 15 RAMADHAN

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGGOL

Kaum Monggol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi kawasan seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh lebih dari sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bankit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabula Monggol yang terkenal dengan keganasan akhirnya tumpas kepada tentera Islam.

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails