Pages

Saturday, June 26, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASUL S.A.W

Salam semua. Hari ni saya nak ajak rakan-rakan semua menghayati khutbah terakhir nabi Muhammad s.a.w buat umatnya. Khutbah tersebut disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah.

Wahai manusia..
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia..
Sepertimana kamu menanggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Islam itu amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanhkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia..

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu, makamereka juga mempunyai hak keatas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerena mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah, mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia..

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah. Dirkanlah solat lima waktu sehari semalam. Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. ketahuilah bahawa setiap orang Islam yang lainnya, Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah! kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah! agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia..
Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepaslu dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Quran dan sunnahku.


Hendaklah oranh yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu...


Fikir-fikirkanlah...

Sumber: Majalah anis keluaran februari 2010

Thursday, June 24, 2010

Season 3 Cute Baby with TOY contest!!

Its time for Season 3 Cute Baby with TOY contest! Hadiahnya ditaja oleh Aivee Emart

Kali ni menampilkan Afnan bersama toynya ;-)


Anakku ini bernama Afnan Mujahid, berumur 1 tahun 8 bulan. Mainan apa yang dia pegang tu? Itu adalah mainan yang kita biasa main baling-baling kt pantai or padang. Saya pun tak tau apa nama mainan tu. Actually beli khas masa nak pergi Pangkor hari tu. Ingat nak main kat pantai, tapi si kecik ni takut ombak lah pulak. so main kat kolam renang ajelah. Dia tukang baling, Ummi tukang kutip. Harap-harap kali ni boleh menang.

GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N PACKAGE @REDANG / LANGKAWI ISLAND & 70 PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT


Fikir-fikirkanlah...

SAYA TERLANJUR = SAYA PENZINA!!

Mutiara: Muhasabah diri setiap hari agar sentiasa sedar kedudukan diri..

Salam semua. Terdetik untuk saya menulis entri ini setelah saya terbaca dalam laman soal jawab agama oleh ustz Amin berkenaan penzina. Sedikit sahaja soalannya dan ringkas sahaja jawapannya. Berikut adalah soalan dan jawapannya;

Guest ~ assalamualaikum.ustaz betul kie kalau dosa zina tak akan diampun selagi tidak dijalankan hukum hudud terhadap penzina 2010-06-05 2:50 AM

Ustz Amin ~Ya, dosa zina hanya diampukan dengan hudud sahaja, tetapi jika tidak dapat hudud, maka taubat sungguh-sungguh, jika Allah kehendaki Allah boleh ampunkan dan jika Allah kehendaki Allah boleh azab (maksud hadis)

Seringkali kita dengar "saya terlanjur.." "kami dah terlanjur.." dan sebagainya. Tetapi, kalau diperhatikan, kata-kata tersebut tidak menampakkan betapa berat perbuatan yang telah dilakukan. Tambahan pula dalam zaman sekarang yang serba maju dan moden, perkara ini telah dipandang biasa bagi sesetengah golongan. Tidakkah mereka terfikir bahawa mereka telah melakukan zina?! dan mereka adalah penzina?!

Tidakkah mereka sedar betapa beratnya dosa sebagai penzina? Seperti yangdi jawab oleh ustz Amin bahawa zina hanya diampunkan dengan hudud! Dimana letaknya hudud dinegara kita? sedangkan begitu ramai penzina yang wujud di negara ini. Kenapa saya kata ramai penzina? buktinya ada didepan mata kita. Berapa ramai bayi yang dibuang? Inilah akibatnya kalau mengagungkan barat sehingga sanggup menolak hukum Allah.

Bertaubatlah wahai hamba Allah. Betapa banyak dosa yang kita lakukan seharian. Berfikirlah sebelum bertindak. Bersama-samalah kita berusaha mencari redha Ilahi..

Fikir-fikirkanlah...

MENJUAL ISLAM

Mutiara: Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal merancang.. so berhati-hati dalam merancang..


Salam semua. Semoga semua berada dalam keadaan tenang dan diredhai Allah. Tajuk hari ni semacam je kan. Tajuk ni saya dapat dari perbualan IKIM semalam semasa perjalanan pulang dari pejabat. Mereka mengajukan soalan kepada para pendengar berkenaan bagaimana anda menjual Islam kepada yang bukan Islam. Menjual Islam disini bermaksud memperlihatkan Islam sebagai sesuatu yang indah yang boleh membuatkan mereka tertarik dan bukannya menggadai Islam.

Bagi saya, sekiranya kita tidak mampu untuk memberi dakwah secara terus kepada golongan ini, cukup sekiranya kita pamerkan keperibadian muslim. Kita jadikan diri kita sebagai model. Model bermaksud memperagakan atau menggayakan sesuatu. Jadi kita peragakan keindahan Islam. Apa yang boleh diperagakan?

1. Cara berpakaian; Pakai pakaian yang menutup aurat dan sopan. Pakailah mengikut cara Islam. Baju yang tidak ketat dan tidak menampakkan susuk tubuh kita. Pemakaian tudung yang sempurna.

2. Pertuturan. Bertutur dengan lembut dan menggunakan kata-kata yang elok. Jangan mudah marah. Jangan suka mengutuk atau mengeji dihadapan khalayak. Itu adalah satu contoh yang tidak baik.

3. Tingkah laku. Jaga tingkah laku anda sebagai muslim. Ia merangkumi semua perbuatan anda.

Kalau nak di kira terlalu banyak perkara yang perlu kita landaskan mengikut landasan Islam. Pendek kata, jadikan Islam sebagai cara hidup. Ingat, setiap apa yang kita lakukan diperhatikan. Bukan sahaja diperhatikan oleh pencipta kita (Allah) tetapi manusia juga memerhatikan kita.

Setiap orang Islam itu adalah model kepada agama Islam. Jadi, jagalah perilaku kita supaya kita menjadi model yang baik buat agama kita. Semoga dari tingkah laku kita itu akan melembutkan hati-hati insan lain untuk mendekati Islam.

Marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dalam mencari redha ilahi.

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, June 22, 2010

BOLEHKAH WANITA BEKERJA??

Jawapan bagi persoalan ini saya ambil dari buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustz Zaharuddin. Ustaz, saya pinjam letak kat sini sebagai panduan untuk saya dalam mencari jawapan dan jalan sebenar.

Jawapannya YA!! Islam membenarkan dan mengharuskan isteri atau wanita bekerja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

1. Terdapat keperluan yang menyebabkan dia terpaksa bekerja;
  • Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan
  • Membantu ibu bapa yang sangat miskin / suami yang uzur
  • Membantu perniagaan suami
  • Mempunyai kemahiran yang amat diperlukan masyarakat
2. Kerja tersebut perlulah sesuai dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya

3. Bekerja dengan menutup aurat dan menjauhi fitnah di tempat kerja


4. Kerja tersebut tidak memerlukan untuk berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan yang bukan mahramnya


5. Mendapat izin wali atau suami


6. Kerjanya itu tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak serta suami


7. Tujuan & niat utama bekerja bukan untuk kegairahan mengumpul harta atau menyaingi kemampuan lelaki


8. Mesti berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak


9. Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu / sementara sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.

Seeloknya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik.
Pendek kata, wanita perlu memainkan peranan utama dalam menjaga rumah tangga, suami, anak & keluarga. Suami isteri yang bekerja diterima dalam Islam selagi mereka mamou & bijak dalam merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak. Tidak digalakkan isteri untuk berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Jika sekadar untuk bermewah dan mudah membeli belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima Islam.

Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam).


Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga dewasa. Malangnya, mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar Islam.


So, renung dalam-dalam dimana duduknya aku. Sebelum aku terus melangkah dan memilih perjalanan hidupku. Aku hidup bukan hanya untuk aku. Tapi aku hidup untuk keluarga ku. Hidup ku juga bukan berakhir disini. Segala ditimbang tara untuk hidup yang kekal abadi.


Fikir-fikirkanlah...

WANITA DAN KERJA

Mutiara: Perjalanan seribu batu bermula dengan 1 langkah.. so, mulalah melangkah ;-)

Salam semua. Hari ni nak berbincang sikit berkenaan wanita dan kerja. Atau lebih mudah kalau disebut wanita bekerja. Apa pendapat semua? Pasti akan datang berbagai pendapat dan pandangan berdasarkan pemikiran masing-masing. Dahulu, saya seorang yang memperjuangkan wanita yang bekerja. Pada saya wanita harus bekerja untuk memastikan perbelanjaannya dan kehendaknya tidak terganggu. Secara tidak langsung dapat membantu suami dalam memperkukuhkan ekonomi rumah tangga. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang kian meningkat. Segala perbelanjaan semakin meningkat. Kehendak sendiri pun boleh tahan juga meningkatnya ;-)..

Bagi saya juga, bekerja itu adalah sebagai security. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita ataupun suami kelak. Lagipun, rugilah kalau belajar tinggi-tinggi tapi tak gunakannya dilapangan pekerjaan.

Namun, segalanya berubah kini apabila saya mempunyai 2 orang cahaya mata. Segalanya tertumpu kepada penjagaan & pendidikan mereka. Sedih bila memikirkan kurangnya masa bersama anak-anak. Orang lain yang mendidik mereka. Bagaimana mereka dijaga? apa yang mereka makan? Bagaimana emosi mereka? Tambahan pula bila melihat perangai si abang yang banyak tegang daripada tenang. Pengaruh dari rakan di nursery. Semua ini membuatkan saya didalam dilema. Sehinggakan saya ingin mengambil keputusan untuk berhenti dari bekerja.

Saya merujuk kepada suami. Dia membenarkan tetapi bersyarat, saya perlu redha dengan segala rezeki yang ada. Dalam saya mencari jawapan yang pasti (cewah) terpanggil saya untuk membaca buku Untukmu Wanita tulisan Ustz Zaharuddin Abd Rahman (hadiah dari suami). saya akan nyatakan apa tulisan beliau dalam entri berikutnya.

Masih mencari jalan dan jawapan....

Fikir-fikirkanlah...

SELAMAT HARI BAPA - APAK!!

Salam buat semua. Dah berapa hari tidak menjengah dan poskan sebarang entri di sini. Apa taknya, sibuk menguruskan anak yang demam. Semalam pun terpaksa ambil EL. Apa-apa pun belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa buat semua insan yang berpangkat bapa terutama buat ayah saya yang saya panggil apak.

My Dad

Selamat hari bapa buat apak.. kak ngah tetap sayang apak biarpun terlalu banyak perkara yang berlaku antara kita dahulu. Apa pun kak ngah bangga ada apak.

Buat hubby, terima kasih kerana menjadi abah buat anak-anak kita.

Sayang kalian berdua...


Fikir-fikirkanlah...

Thursday, June 17, 2010

GIGI BAYI YANG CANTIK

Mutiara: Untuk berjaya, cari jalan! jangan cari alasan!!

Salam semua. Semasa dikampung hubby hari tu, saya dapat satu petua. Petua ni diberi oleh ibu mertua saya. Dia kata dia amalkan kat anak-anak dia. Hasilnya memang gigi anak-anak dia cantik & elok belaka. Petuanya adalah;

Bawang putih

Pecahkan atau tumbuk bawang putih tersebut. Ambil airnya dan sapu ke gusi baby. Petua ni untuk baby yang belum tumbuh gigi. Ia bagi mengelakkan gigi baby tersebut rosak. Gigi yang terhasil akan kekal cantik dan bersih. Kalau gigi dah tumbuh baru nak amalkan petua ni mungkin tak menjadi katanya.

Afnan hari tu mak dah suruh sapu. Tapi saya tak sanggup nak buat. Saya yang rasa geli. Maklumlah, tak makan bawang. Takut kita sapu kt anak, kita lak yang muntah ;-) So sesiapa yang sanggup cuba-cuba lah.



Fikir-fikirkanlah...

MENGUBAT SELSEMA BAYI

Mutiara hari ini: Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan tentang masalah. Tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugasan tersebut..

Salam semua. Lama tak adakan entri baru. Maklumlah, bercuti panjang. Sibuk menguruskan majlis pertunangan adik ipar di Bagan Serai Perak. Berkenduri sehingga demam, batuk & selsema. Siap dapat MC 2 hari. Ini baru bertunang, belum lagi kenduri besar.

Dalam perjalanan pulang, saya ada terdengar dalam radio, rancangan yang dikelola oleh abby fana dari stesen sinar berkenaan petua untuk mengubat selsema bayi. Berikut adalah petuanya;

1. Daun selasih, kapur makan & ibu kunyit. ~ Semua bahan tersebut dicampur dan digesekkan. kemudian sapu kat pangkal hidung bayi.

2. Daun sirih ~ picit batang daun sirih bagi mendapatkan air / lendirnya kemudian sapu ke batang hidung bayi

3. Untuk hilangkan kahak ~ beri madu kepada anak sedikit setiap hari. Ataupun campurkan sedikit kedalam susu bayi.

Apa pun itu adalah antara ikhtiar kita. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan segala penyakit. So, sebelum kita mulakan sesuatu, mulakan dengan menyebut nama-Nya dan berdoa kepada-Nya.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, June 10, 2010

LOGHAT PAHANG


Salam semua. Hari ni tetiba terase nak buat entri pasei loghat pahang. Bukannye ape, minggu lepas koh balik ke kampung koh di lepeh. Balik sebak apok komeh buat kenduri kesyukuran. Biasalah, kalo doh balik ke beloh sana tuh.. cakak pun loghat sana lah. nok pulok kalo doh berkumpul anok beranok kome nih. Sampei koh terlupe yang suami koh tak berape nok paham hehehehe.

Segala jenih ayat keluo. Banyok juge perkataan yang doh lame tak dengor diperdengorkan semula. Antarenye; belebas, berbimbo, bertaki dan segalanya. Hubby pun asyik duk "Ha apa? ha apa?.." hehehe seronok juge sekali sekale dapat berkumpul macam ni. Kita tunggu raye nanti ye.. Tahun ni turn Pahang ;-)

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulok tempat lahir huhuhuu

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, June 9, 2010

BENGKAK SUSU

Salam semua. Semalam dan kelmarin saya MC untuk 2 hari gara-gara bengkak susu. Sebelum ni saya tak pernah rasa macammana bila kena bengkak susu. Tak sangka plak anak dah nak masuk 5 bulan pun boleh kena. Coz in my mind, hanya ketika kita dalam pantang or peringkat awal penyusuan je kita boleh mendapat sakit bengkak susu. So, ini bermaksud, selagi kita menyusukan bayi, selagi itulah kita berkemungkinan untuk mendapat sakit tersebut.

Kisahnya begini, pagi isnin yang lepas, saya sekeluarga balik dari kampung (Pahang). Kami pulang seawal 6.30 pagi. Sepanjang perjalanan pulang, Aiman M kurang menyusu. Dia memang kurang nak menyusu kalau dalam kereta yang sedang bergerak. Pendek kata dia nakkan keadaan yang selesa barulah dia menyusu dengan bersungguh-sungguh. Bila sampai di pejabat, sekitar jam 10 pagi saya pam untuk sesi1 (jadual pam sesi 1 around 10-11 am). Ketika pam saya dah terasa sakit pada breast sebelah kanan. Tapi sakitnya masih tak berapa heavy. Saya pam sampai susu tak keluar. Tapi breast rasa macam ada lagi. So ada rasa tak puas. Since susu dah tak keluar saya berhentilah.

Selesai pam, saya rasa sakit sangat pada breast. Nak sentuh pun tak boleh. Kalau berjalan pun kena perlahan sebab sakit kalau bergegar. Makin lama makin sakit. Bila rasa dah tak larat saya telefon hubby minta jemput (nasib baik hubby cuti coz cuti sekolah). Sementara nak tunggu hubby, saya pam lagi (pukul 1.00pm). Waktu ni saya rasa sakit yang teramat. Masa pam tu rasa nak mengalir air mata menahan sakit. Badan dah rasa nak demam. Bila hubby sampai je, kemas barang terus balik & p klinik. Dalam perjalanan ke klinik saya dah mengigil demam & sakit.

Semasa diklinik, doktor sahkan yang saya mengalami bengkak susu. Doc kata perkara ni sering terjadi kepada wanita yang bekerja dan menyusukan bayi. Dia kata mungkin saluran susu tu tersumbat. Yang tak seronoknya sebab doc tu seolah-olah tidak support breastfeeding. Dia tak galakkan saya pam ketika waktu bekerja. Dia siap tanya, "awak nak bresfeed lagi ke lepas ni?" saya terus jawab ya!. Doc bekalkan saya beberapa ubat (ubat demam, antibiotik, ubat bengkak & tahan sakit).

Sebelum saya balik ke rumah, kami singgah di nursery untuk pick up ke-2-2 mujahid. Saya rasa lemah sangat. Sakit seluruh sendi. Sampai je dirumah, terus saya baring dan baringkan aiman disebelah agar mudah saya susukan dia. Saya susukan aiman dalam keadaan sakit yang teramat. Tetapi sebelum saya susukan dia, saya cakap padanya "Aiman.. Aiman tolong ummi yer. Ummi sakit." Alhamdulillah dia menyusu isap dengan kuat. Sambil dia menyusu saya tertidur. Alhamdulillah hari ini sakitnya dah hampir tiada. Bersyukur sangat, sebab doc kata kalau hari ni masih tak baik, dia akan tulis surat untuk refer ke hospital.

Ini anatomy bagaimana susu dihasilkan

Antara apa yang saya lalui, penyebab bengkak susu adalah;

  1. Ada lebihan susu yang tidak diminum oleh bayi. Lebihan ini terbiar lama dan membeku
  2. Lambat atau terlepas jadual pam (bagi ibu yang bekerja). Acctually saya dah terasa sakit pada minggu lepas. Ini kerana saya terlepas jadual pam saya kerana menghadiri sesi mesyuarat yang terlalu panjang. Masa tu saya pam rasa tak puas. Pam sampai susu dah tak kuar, tapi breast masih rasa berat.
  3. Salur susu tersumbat. Ini berlaku apabila lama tidak menyusukan bayi atau pam.
  4. Semasa menyusu, menekan payudara menggunakan jari. Faktor ini saya dapat melalui pembacaan.
Cara melegakan bengkak susu;

  1. Lekapkan daun kobis. Ini petua orang tua-tua. Saya ada buat juga. Doc pun ada cakap pasal petua ni.
  2. Urut bahagian yang keras / bengkak. Urut sehingga ke puting. Saya urut sendiri dibahagian yang sakit dengan perlahan-lahan.
  3. Tuam. Tuam bahagian yang bengkak dengan air panas kemudian urut dan susukan bayi. Saya masukkan air panas kedalam botol susu afnan yang kecil. Kemudian saya tuamkan ke tempat yang bengkak. Alhamdulillah cara ini amat membantu.
Bengkak susu boleh menyebabkan demam. So, bagi sesiapa yang belum kena, berjaga-jagalah. Dan jangan biarkan anda merasai apa yang saya rasai. Rasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Serik dan tak nak kena lagi dah huhuhuuu....


Fikir-fikirkanlah...

Friday, June 4, 2010

6 SIFAT YANG TIDAK PATUT ADA PADA SEORANG ISTERI

Salam semua. Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu atau info yang saya dapat dari sesi ceramah. Ceramah ni saya dengar pertama kali di TV semasa sedang menjamu selera makanan tengahhari bersama rakan-rakan di pejabat. Kali ke-2 saya dengar melalui satu laman sesawang yang menyediakan pelbagai jenis kuliah. Ia menarik untuk dikongsi bersama. Terutama bagi kaum wanita / para isteri.

Sifat yang saya katakan adalah seperti dibawah. Terjemahan bahasa arabnya ada cuma saya bimbang ada kesalahan dalam ejaan ataupun sebutan kerana info ini dicatit dari ceramah dan bukannya dari bacaan.


1. Banyak mengeluh.
- Mereka ini adalah isteri yang suka mengeluh. Rezeki kurang mengeluh. Suami bagi hadiah pun mengeluh. Semua nak mengeluh. Semua tak betul dipandangan matanya.

2. Suka mengungkit.
- Mereka ini suka mengungkit setiap sumbangan yang dia berikan. Sebagai contoh; "Rumah ni I yang tolong U bayar tau!" contoh lain "Kalau bukan kerana ayah I, U takkan dapat kerja tu!" atau apa-apa sahaja bentuk ungkitan.

3. Ada hati dengan orang lain.
- Sifat ini amat-amat perlu dijauhi. Dalam dah ada suami sendiri, dok berkenan kt lelaki lain. Kekadang ada juga wanita yang melihat lelaki yang dia rasa sempurna tetiba terpacul keluar dari mulutnya "Ish, kalau lah dia ni jadi laki aku...." Berkata demikian pun tak boleh. Janganlah jadikan ayat tersebut antara gurauan kita.

4. Suka memaksa.
- Biasanya berlaku bila isteri nakkan sesuatu. Dia akan memaksa suami sehingga dia mendapatkannya.

5. Bersolek / berdandan.
- Bersolek atau berdandan itu boleh, tapi bagi golongan ini, mereka bersolek seolah-olah tak puas-puas. Touch-up sana touch-up sini. bersolek plak 24 jam. Malam-malam pun nk bersolek juga sampai tak bagi suami nak pegang pipi sebab takut rosak mask.

6. Banyak bercakap.
-Terlalu banyak bercakap sampai suami naik tension. Siang malam bercakap tak berhenti. Siap tak bagi orang lain bercakap plak tu. (nasib baik dah kurang bercakap hehehehe)

Sifat-sifat diatas juga perlu diperhatikan bagi mereka yang sedang memilih calon untuk pasangan hidup. Sekira calon anda ada yang mempunyai sifat diatas, seelok-eloknya fikirlah 2 atau 3 kali sebelum terlambat. Dan bagi isteri-isteri, sekiranya anda rasa anda ada mempunyai sifat tersebut, bertaubatlah dan berubahlah.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, June 3, 2010

SELSEMA & BATUK BAGI BAYI

Salam semua, beberapa hari yang lepas, saya dan hubby ada membawa mujahid ke-2 kami ke klinik atas sebab selsema & batuk. Kami berjumpa dengan Dr Mimi. Seorang doktor berbangsa China dan perwatakannya seperti ibu-ibu. Hajat dihati nak jumpa Dr Fauziah. Tapi Dr Fauziah tiada, Dr Mimi pun ok lah.

Kami ceritakan masalah yang dihadapi oleh Aiman. Dia cek dan Alhamdulilah tiada kahak dalam paru-paru. Menurutnya keadaan Aiman tidak membimbangkan (lega terasa). Selepas selesai pemeriksaan, saya ada tanyakan beberapa soalan kepadanya dan benyak penerangan demi penerangan dia berikan. Berikut adalah saranannya;

1. Jangan halakan kipas direct kepada anak. Ia bahaya untuk pernafasannya.

2. Pakaikan topi ketika tidur bagi melindungi kepalanya dari hawa sejuk yang boleh menyebabkannya selsema. Doktor kata rambut Aiman sikit, sebab tu dia mudah kena selsema. Tambahan pula sekarang ni memang musim orang demam.

3. Seboleh-bolehnya jangan gunakan nasal spray bagi melegakan hidung anak. Cecair tersebut mungkin boleh masuk kedalam paru-paru semasa kita spray. Ini membahayakan bayi tersebut. (saya guna nasal spray sebelum ini. Bila saya tanya doktor, dia agak terkejut dan dia melarang keras penggunaan spray tersebut)

Contoh nasal spray

4. Sedut kahak / hingus anak menggunakan mulut anda sendiri. Bunyi memang macam menggelikan tetapi itulah jalan yang terbaik untuk melegakan seksa selsema anak kecil.

5. Jangan sesekali beri anak anda makan antibiotik. Antibiotik tidak baik untuk kesihatan anak anda. Cukup sekadar berikannya paracetamol jika mereka demam. Doktor tu kata, apa-apa pun jangan bagi anak makan antibiotik.

6. Pastikan air garam sentiasa ada dirumah. Ia wajib ada di rumah yang mempunyai anak kecil. Ia boleh digunakan jika anak-anak terkena cirit- birit / demam panas.

Bersama-samalah kita menjaga anak kita sebaik mungkin. Kasihi anak kita. Mereka mungkin antara orang besar negara suatu masa nanti ;-)

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, June 2, 2010

HADIAH 3RD ANIVERSARY

Salam semua. Bersempena dengan ulang tahun ke-3 perkahwinan kami semalam, hubby buat surprise bagi hadiah ;-) Saya tak jangka yang dia akan beri hadiah. Sebab dia bukanlah jenis yang suka nak kasi hadiah. Kebiasaannya, kalau ulang tahun atau hari lahir cukup sekadar ucapan je. Dulu dia kata tak nak ajar untuk diberi hadiah. Kalau ada apa-apa yang dia nak beri, dia akan belikan je dan terus beri. Ataupun waktu keluar jalan sama-sama, dia tolong bayarkan je.

Semalam dia ada telefon saya semasa dipejabat, tanya jam yang macammana yang saya nak. Beberapa hari sebelum tu saya dah 'usha' 1 jam tangan. Masa tu saya keluar dengan dia. Dalam hati dah terdetik, huby nak belikan ker? hehehehe.. tapi tak mau lah letak harapan tinggi. Tetiba tak de kang sedih bawak diri plak.

Rasanya ini adalah kali pertama dia belikan saya hadiah siap letak dalam kotak lagi. Dan yang bestnya.. dia sembunyikan hadiah tu & buat surprise. Nak tau apa hadiahnya?

Sling bag (coloris accessories - CA) & jam tangan (roscani)

Jam tangan yang di 'usha'

Thank you soooo much hubby... really love you.. not because of those presents but because of you. I really appreciate you much.


Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, June 1, 2010

NOTA BUAT SUAMI TERCINTA


Salam sayang buat suamiku...

Hari ini genap 3 tahun kita hidup bersama
masih tergiang ditelinga ini
akad yang kau lafazkan
masih segar diingatan
jabat tangan mu
tanda kau menerima ku
sebagai suri mu

Tahun-tahun awal kita bersama
pelbagai dugaan datang melanda
kerap kali luruh air mata
namun aku pasrah segalanya

Aku bukanlah wanita sempurna
bukan jua wanita jelita
namun aku kan terus berusaha
demi mu wahai suami tercinta

Kerana Allah kasih ku tercipta
Kerana Allah kita bersama
Engkau jodoh pilihan Ilahi
Semoga ikatan kekal abadi

Kasih ku hanya untuk mu
hidup ku hanya dengan mu
hati ku hanya ada kamu
temanlah daku selamanya
selagi diri ku masih bernyawa

Aku kan sentiasa disisimu
Dalam susah dan senangmu
Dalam tidur ataupun jagamu
Hanya satu pintaku dari mu
Bantulah aku untuk lebih menyanyangi dirimu

Ummi sayang abah selalu

nukilan asn

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails